Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kanak-Kanak Autisme Faham 4 Bahasa, Mampu Hafal Model Kereta Dalam & Luar Negara

Seorang kanak-kanak lelaki bernama Mohammad Aliff Rayyan Mohammad Amin, 6, yang mesra disapa Aliff, 6, mempunyai bakat luar biasa apabila dia boleh memahami empat bahasa meskipun berstatus orang kurang upaya kategori autisme tahap ringan.

Menurut laporan Harian Metro, selain boleh berbahasa Melayu dan Inggeris, Aliff turut mendapat pendedahan asas Mandarin malah, boleh menyebut 33 abjad dalam bahasa Rusia selain mengingati nama model kereta negara berkenaan.

Kata bapanya, Mohammad Amin Idris, 32, dia turut tidak menyangka dengan perkembangan anaknya itu memandangkan tidak pernah mengajar secara formal.

“Saya dan isteri berkomunikasi dengan Aliff dalam bahasa Melayu dan kadangkala Inggeris.
“Tapi permulaannya dulu, Aliff guna bahasa Inggeris sebelum tukar kepada Melayu manakala dia tahu asas Mandarin selepas dihantar ke sebuah tadika waktu umurnya empat tahun.
“Aliff sempat belajar di situ selama tiga bulan saja kerana tidak boleh ke sekolah selepas itu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19.
“Tahun lalu, dia masuk semula ke sekolah tadika swasta dan belajar macam biasa. Cuma baru-baru ini, Aliff tunjuk kebolehan barunya iaitu sebut serta tulis perkataan dalam bahasa Rusia,” katanya.

Bukan itu sahaja, Amin pernah mendengar anaknya sebut abjab pelik dan selepas membuat kajian di YouTube, rupa-rupanya Aliff berbahasa Rusia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Selepas buat semakan dengan tonton video di Youtube, baru saya tahu itu adalah abjad Rusia. Sebelum ini, saya pernah dengar Aliff sebut (abjad Rusia) dan ingatkan dia pelat dan cakap merapu, rupanya itu bahasa Rusia.
“Saya rasa dia belajar daripada tonton video di Youtube kerana memang ada beri dia guna peranti elektronik tetapi dengan pemantauan.
“Setakat ini, saya nampak Aliff obses sangat dengan kereta kerana boleh hafal model kenderaan dalam dan luar negara,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia turut berkongsi mengenai keadaan anaknya itu apabila mengalami simptom lambat bercakap ketika usianya 18 bulan.

Pada ketika itu, Amin sudah mula menyedari anak sulungnya hidap autisme tahap ringan malah sudah membawa jumpa doktor pakar sewaktu Aliff berusia 19 bulan.

Bagaimanapun, dia dan isteri berlapang dada dengan takdir yang ditentukan Allah kerana setiap anak syurga pasti mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Sumber: Harian Metro (Redzuan Muharam)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sukan

Dunia bola sepak dikejutkan dengan pemergian tragik bintang Liverpool, Diogo Jota, yang maut dalam kemalangan kereta di utara Sepanyol pada usia 28 tahun dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd