Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Program Kampung Angkat MADANI JPA 2025 Perkasa Warisan Adat Perpatih

Warisan adat Perpatih terus diperkasa apabila Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, merasmikan Program Adat dan Tradisi Kampung Angkat MADANI JPA 2025 di Kampung Sungai Layang, Seri Menanti.

Kampung Angkat MADANI terus jaga warisan adat pepatih

Program berkenaan mengetengahkan dua adat penting iaitu Adat Menerang Buapak dan Adat Berkodin yang melambangkan amanah kepimpinan, penerimaan persaudaraan serta semangat muafakat.

Ia bukan sekadar ritual, tetapi jadi mekanisme sosial yang menegaskan peranan setiap anggota komuniti menjaga maruah dan kesejahteraan bersama.

Program Kampung Angkat MADANI papar pelbagai adat warisan

Difahamkan, adat Berkodin menzahirkan ikrar taat setia apabila seseorang diterima sebagai ahli keluarga suku, manakala Adat Menerang Buapak memperlihatkan peranan pemimpin sebagai penjaga adat, pembimbing serta pendamai masyarakat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lebih menarik, kedua-dua adat ini telah lama disesuaikan dengan ajaran Islam supaya kekal relevan dengan zaman.

Harapan generasi muda terus hargai adat

Tan Sri Wan Ahmad Dahlan berkata majlis ini bukan sekadar memperingati warisan, malah mengingatkan masyarakat akan nilai baik yang wajar terus hidup.

Beliau turut menekankan harapannya terhadap generasi muda agar lebih menghargai adat.


“Majlis seperti ini bukan sahaja memperingati warisan, tetapi juga mengingatkan kita bahawa nilai-nilai lama yang baik boleh terus hidup subur bersama nilai-nilai aspirasi baharu.”
“…generasi muda hari ini tidak memandang adat hanya sebagai ritual semata-mata, tetapi juga sebagai panduan hidup yang membentuk disiplin, perpaduan, dan rasa cinta kepada tanah air,” ujarnya.

Difahamkan, program Kampung Angkat Madani ini turut mendapat sokongan padu pelbagai pihak termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Pegawai Daerah, YM Dato’ Adat Istana, Ibu Soko, Penghulu Seri Menanti, Pengerusi JPKK, Galeri Diraja Tuanku Ja’afar, Lembaga Muzium Kuala Pilah serta warga kerja JPA.

Advertisement. Scroll to continue reading.

kampung angkat madani

Artikel lain: JPA Perkenal Dashboard H.E.M.A.T., Inovasi Digital Julang Aspirasi MADANI

Dengan kerjasama itu, adat bukan sahaja terus jadi ruang penghayatan budaya, malah berpotensi diperluas sebagai produk pelancongan, memberi peluang kepada generasi muda dan pelancong merasai pengalaman adat secara langsung di tanah adat Seri Menanti.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Sebanyak 141 petugas haji terdiri daripada kakitangan Lembaga Tabung Haji (TH) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berlepas ke Arab Saudi hari ini bagi melaksanakan...

Lokal

Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap seorang anggota tentera berpangkat koperal selepas mangsa yang sebelum ini cedera parah akibat...

Sosial

Tular di media sosial rakaman video seorang wanita yang menemui suaminya dan perempuan lain sedang berduaan di pusat beli belah. Dalam perkongsian pertama sewaktu...

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd