Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kalahkan Peserta Dari 34 Negara, Remaja Dinobat Pendebat Bahasa Arab Nombor Satu Dunia

Dua pelajar tingkatan lima dari Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) berjaya mencipta nama di pentas antarabangsa apabila dinobatkan sebagai peserta pertama dan kedua terbaik.

Wan Amzar Izzuddin Wan Mohd Azlan dan Abdul Muizz Hasanulddin telah menyertai Kejohanan Debat Bahasa Arab Sekolah-Sekolah Antarabangsa di Doha, Qatar pada 2 hingga 4 September yang lepas.

Menurut Harian Metro, Wan Amzar Izzuddin tidak menyangka dia akan dinobatkan sebagai pendebat nombor satu dunia namun dia bersyukur dengan kemenangan itu.

“Kejayaan ini juga membuktikan anak Malaysia juga mampu menggegar dunia walaupun bukan penutur jati bahasa Arab,” kata pelajar tingkatan lima itu yang berharap kejayaannya menjadi penyuntik semangat kepada pelajar lain.

Rakan sekolahnya, Abdul Muizz Hasanuldin pula telah dinobatkan sebagai pendebat kedua terbaik dalam kejohanan itu dan kedua-dua pelajar tersebut berjaya menewaskan peserta lain dari 34 negara Arab dan bukan Arab.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain dari dua pendebat dari SMAASZA itu, tidak dilupakan juga pendebat negara, pelajar Maahad Pontian Johor, Daing Muhammad Hasbi Daing Armey dan Khatib Sulaiman Mustafa yang telah berusaha dalam kejohanan ini.

Pendebat-pendebat negara ini telah dibimbing oleh pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), yang diketuai Mohamad Ikmal Hakimi Mohamad Helni dan jelas, usaha mereka membuahkan kejayaan.

Pengetua SMAASZA, Engku Abdullah Engku Dalam Ahmad merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga, kewangan dan buah fikiran bagi menjayakan perjalanan pendebat negara.

Beliau berharap kejayaan ini akan menjadi motivasi kepada semua pelajar untuk terus mencipta kejayaan, bukan sahaja dalam negara namun juga di pentas antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Malik Muhammad), Facebook Fay-sa Ibrahim

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd