Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Kalah Saman, Siti Mastura Teliti Alasan Penghakiman Sebelum Ambil Tindakan Lanjut

Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad mahu meneliti alasan penghakiman penuh sebelum mengambil tindakan lanjut selepas diarah mahkamah membayar RM750,000 kepada tiga pemimpin DAP.

Foto: Malaysiakini

Menurut laporan Malaysiakini, Hakim Quay Chew Soon telah mengarahkan Mastura membayar RM300,000 kepada Lim Kit Siang, RM250,000 kepada Lim Guan Eng, dan RM200,000 kepada Teresa Kok.

“Kita akan tengok alasan penghakiman penuh dahulu sebelum buat apa-apa keputusan,” kata Siti Mastura hari ini.

Beliau memberi reaksi sedemikian selepas ditanya berkenaan kemungkinan dia akan membuat rayuan susulan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semalam, media melaporkan pengerusi Lajnah Perpaduan Dewan Muslimat PAS itu kalah dalam kes saman fitnah yang dikenakan terhadapnya.

Peguam plaintif, Sankara Nair mendedahkan bahawa Siti Mastura turut perlu membayar faedah tahunan lima peratus sekiranya gagal membuat pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan.

Mahkamah juga mengarahkan Mastura membayar kos guaman sebanyak RM25,000 kepada setiap seorang plaintif.

Saman ini bermula apabila Siti Mastura mendakwa Kit Siang, Guan Eng, dan Kok mempunyai pertalian keluarga dengan pemimpin Parti Komunis Malaya iaitu Chin Peng, dan bekas perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, George Town pada 27 November lalu.

Sumber: Malaysiakini (N Faizal Ghazali)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Seorang lelaki R. Ganesalingam, 49, didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tuduhan membunuh seorang penembak bermotosikal dalam insiden di Kapar yang tular...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd