Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Kalah Di Sungai Bakap Petanda PKR Perlu Usaha Lebih Keras – Nik Nazmi

Kekalahan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mewakili Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap petanda supaya parti perlu berusaha lebih keras lagi dengan terus menumpukan kepada agenda negara dan isu kebajikan rakyat.

Menerusi satu laporan Berita Harian, Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, keputusan PRK tersebut mungkin dipengaruhi oleh faktor ketidakpuasan hati pengundi terhadap beberapa dasar terbaru Kerajaan MADANI termasuk penyasaran subsidi diesel.

Foto: NSTP

“Kami memahami bahawa isu penyasaran subsidi diesel adalah kontroversi, bukan sahaja bagi komuniti Cina tetapi juga bagi kebanyakan pengundi secara keseluruhan.
“Pastinya, kita mesti terus menjelaskan mengapa perkara ini perlu dilakukan, sambil membetulkan salah faham atau fitnah tentang isu-isu tertentu seperti penswastaan MAHB,” katanya hari ini.

Foto: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, Kerajaan MADANI percaya bahawa pembaharuan yang dilaksanakan adalah perlu untuk kelangsungan masa depan negara selain mencadangkan agar kerajaan perlu menjelaskan mengenai isu subsidi diesel, MAHB dan isu lain di Dewan Rakyat, media sosial, dalam ceramah, dan platform lain.

“Kerajaan telah membelanjakan RM14.3 bilion untuk subsidi diesel sahaja pada 2023 dan banyak yang telah terbukti, selepas penyasaran, telah didedahkan melalui penyeludupan atau pembelian oleh warga asing.
“Kerajaan telah memperkenalkan skim BUDI Madani untuk terus menyediakan subsidi kepada pengguna yang layak, termasuk mereka dalam sektor ekonomi penting. Kementerian yang terlibat telah menunjukkan kesediaan untuk bersikap fleksibel bagi menangani masalah pelaksanaannya.

Foto: selangorjournal.my

“Meneruskan subsidi diesel secara menyeluruh dalam jangka masa panjang adalah tidak mampan kerana ia akan membebankan generasi akan datang dengan hutang yang berat dan menggagalkan tumpuan peralihan tenaga kita, ” ujarnya lagi.

Nik Nazmi yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu juga berkata, Kerajaan MADANI perlu menggandakan usaha dan tidak boleh terputus hubungan dengan nadi rakyat untuk meraih lebih banyak sokongan terhadap parti tersebut.

Sumber: Berita Harian (Fahmy A Rosli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd