Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kakitangan Bank Songlap RM2 Juta, Sempat Pindah Wang Ke 11 Akaun Bank Sebelum Meninggal Dunia

Seorang kakitangan bank di Kuala Kangsar, Perak sempat memindahkan wang simpanan tetap milik pelanggan yang dicuri sehingga berjumlah lebih RM2 juta ke dalam 11 akaun berlainan sebelum meninggal dunia pada 5 Julai lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kesemua wang tersebut diperolehi daripada tiga akaun simpanan tetap pelanggan dengan melibatkan sebanyak 108 transaksi bermula 14 Februari 2023 hingga 24 Jun lalu.

Foto: Sinar Harian

“Wang tersebut dipindahkan ke 11 akaun milik kenalan, saudara selain syarikat dan didapati telah digunakan mereka.
“Siasatan masih dijalankan termasuk terhadap pemilik akaun terbabit mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, pihak polis menerima laporan berkaitan kehilangan wang simpanan yang didalangi kakitangan wanita berusia 37 tahun itu pada 9 Julai lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kegiatan kakitangan itu hanya terbongkar apabila dua orang pemilik akaun simpanan tetap terbabit hadir ke bank untuk membuat pengeluaran wang dari akaun simpanan tetap pada 27 Jun lalu.

Foto: Kosmo!

“Setelah semakan dibuat, didapati sebahagian daripada sijil akaun simpanan tetap milik mereka telah ditutup,” katanya dalam laporan tersebut.

Pihak bank mendapati seorang kakitangan mereka dipercayai membuat pengeluaran wang tersebut yang kemudiannya didepositkan ke beberapa akaun berbeza.

Kakitangan tersebut yang juga suspek utama dalam kes kehilangan wang tunai itu dilaporkan telah meninggal dunia pada 5 Julai lalu.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Afham Ramli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Sosial

Pempengaruh media sosial, View Chin, meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bekas isterinya, Shermine Ah Moi, yang didakwa sengaja menghalangnya daripada bertemu dengan...

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Dunia

Seorang wanita hamil di Bekasi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai apabila dikatakan mengidam untuk didukung oleh pegawai polis beruniform. Wanita yang dikenali sebagai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd