Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kolumnis

Kaji Faktor Lahirnya Pembuli Siber

Statistik mengenai buli siber di Malaysia menunjukkan masalah ini semakin serius, terutama dalam kalangan remaja. Menurut kajian Ipsos, Malaysia berada di tempat kedua di Asia selepas India dalam isu buli siber dalam kalangan belia. Kajian tersebut melibatkan 20,793 responden dari seluruh dunia dan menunjukkan bahawa 23 peratus, atau 1 dari 4 ibu bapa di Malaysia melaporkan anak mereka pernah mengalami buli siber.

Kaji faktor lahirnya pembuli siber

Buli siber merujuk kepada tindakan mengganggu, mengancam, memalukan, atau menyakiti seseorang melalui penggunaan teknologi digital seperti media sosial, platform pesanan ringkas, e-mel, dan laman web. Tindakan buli siber boleh melibatkan pelbagai bentuk tindakan, seperti memberi komen menghina dan mengeji seseorang secara berterusan, menyebarkan khabar angin, menghantar mesej berunsur kebencian atau ancaman, dan menyebarkan gambar atau video yang memalukan tanpa izin.

Terdapat pelbagai faktor yang mendorong seseorang menjadi pembuli siber antaranya adalah seperti berikut:

  1. Masalah Psikologi: Individu yang menghadapi masalah emosi, stress, trauma, atau pernah menjadi mangsa buli akan membuli orang lain sebagai cara untuk melampiaskan perasaan marah atau rasa tidak berdaya yang dihadapi. Sebagai contoh, seseorang yang merasa terasing atau marah kerana masalah keluarga yang dihadapi mungkin mencari cara untuk meluahkan perasaan tersebut dengan membuli orang lain di alam siber.

Selain itu, media sosial biasanya menjadi platform bagi seseorang mempamerkan ‘identiti’nya. Individu yang memiliki nilai diri rendah cenderung berperilaku biadap untuk menarik perhatian pengguna yang lain. Perilaku kasar atau tindakan kontroversi termasuklah dengan membuli pengguna lain dibuat untuk mendapat perhatian sehingga mereka merasa diri dihargai atau dikenali melalui ‘likes’ dan ‘views’ yang diterima.

  1. Kurang rasa empati: ia boleh lahir dari masalah psikologi yang dialami. Kurang empati bermaksud seseorang tidak mampu memahami atau merasai emosi orang lain. Oleh itu, individu yang kurang empati tidak menyedari atau peduli tentang kesan tindakan mereka terhadap mangsa. Contohnya, pembuli siber yang menghantar mesej berunsur kebencian tidak akan peduli bagaimana mesej tersebut boleh menyebabkan tekanan emosi kepada penerima. Apatah lagi jika ia membabitkan media sosial yang tidak melibatkan interaksi langsung (tatap muka) antara pengguna.

Pembuli siber tidak dapat melihat reaksi langsung mangsa yang dibuli dan dihina. Ia menyebabkan kurangnya rasa empati dan bertanggungjawap terhadap orang yang dibuli atau dihina. Komunikasi secara teks sahaja juga mengurangkan konteks emosi. Teks tidak menyampaikan nada suara, ekspresi wajah, atau bahasa tubuh, yang mana semua itu diperlukan untuk memahami emosi orang lain.

pembuli siber

  1. Anonimiti Internet: internet menyediakan ruang kepada seseorang untuk menyembunyikan identitinya yang sebenar. Ia seolah memberikan ‘perlindungan’ kepada pembuli kerana mereka boleh bersembunyi di sebalik identiti palsu atau nama samaran. Ini menatijahkan kurangnya rasa tanggungjawab dan akibat dari tindakan buli yang dilakukan. Kesannya, individu yang menggunakan akaun palsu untuk menghantar ancaman atau komen negatif berasa lebih berani kerana identiti sebenar mereka tidak diketahui. Faktor ini boleh dirincikan melalui ciri media sosial yang berkemampuan mendorong pengguna untuk bersikap biadap, kurang sopan dan berani melakukan buli siber.

Artikel lain: Cemburu Dipercayai Punca, KPM Siasat Kes Buli Pelajar Perempuan Dalam Tandas

Seperti konsep anonimiti yang dinyatakan di atas, media sosial memberi peluang besar kepada pengguna untuk bersembunyi di sebalik identiti palsu atau menggunakan nama samaran. Keadaan ini mungkin boleh disamakan seperti pemandu kereta, lori atau bas yang identitinya terlindung dalam kenderaan yang tertutup. Mereka boleh cenderung mudah bersikap agresif dalam pemanduan kerana merasa ‘tidak dikenali’. Situasi sama dengan media sosial. Pengguna yang dalam dunia nyatanya mungkin dikenali pendiam, pemalu serta punyai nilai kendiri rendah boleh menjadi seorang yang pemarah, agresif dan biadap di media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.
  1. Dinamika kelompok: media sosial juga membentuk kelompok atau komuniti yang menjadikan tingkah laku negatif sebagai suatu yang normal dan boleh diterima termasuklah melakukan buli siber beramai-ramai. Ia boleh lahir sama ada dari tekanan kelompok atau keinginan diri untuk mendapat perakuan dari kelompok tersebut. Seseorang yang masuk dan terlibat dengan kelompok atau komuniti siber yang sering menyebarkan kebencian dan penghinaan biasanya akan menganggap tindakan tersebut suatu yang normal dan dibolehkan dengan pelbagai alasan dan justifikasi.
  2. Algoritma media sosial: algoritma cenderung mempromosikan kandungan (content) yang mendapat banyak perhatian. Malangnya kandungan yang biasanya mendapat perhatian adalah tentang isu yang negatif serta kontroversi. Ia lebih cepat tersebar dan menerima lebih banyak perhatian dibandingkan content positif. Ini memberi dorongan kepada seseorang untuk melakukan hal-hal yang negatif demi content semata-mata termasuklah sehingga membuli orang lain.

Rumusannya, mengenalpasti faktor kepada buli siber penting bagi mencegah amalan ini dari terus berleluasa di media sosial. Dari faktor yang dinyatakan di atas, ia membabitkan pelbagai aspek.

Maka, langkah untuk mengatasi buli siber juga perlu komprehensif membabitkan aspek pendidikan, kempen kesedaran, penguatkuasaan undang-undang, perangkaan dasar yang bersesuaian, sokongan emosi dan psikologi serta intervensi kepada pembuli siber. Ini termasuklah juga beban tanggungjawab yang perlu dikenakan kepada pemilik platform media sosial sekiranya berlaku buli siber di platform mereka.

Avatar

Penulis merupakan Pensyarah Kanan, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, dan boleh dihubungi di [email protected]  

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet olahraga negara, Eddy Bernard meraih pingat gangsa pertama untuk Malaysia di temasya Sukan Paralimpik Paris dalam acara 100m T44 (kecacatan fizikal) di Stade...

Sukan

Penampilan pertama Muhammad Fareez di Sukan Paralimpik Paris 2024 memberi aksi kurang memberangsangkan kerana terlampau memikirkan untuk merebut kemenangan dalam perlawanan penentuan pingat gangsa...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) melancarkan Program e-Perkasa SPM Yayasan LTAT (YLTAT) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam memperkasakan pendidikan anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM)....

Lokal

Pihak pengurusan Johnny’s Restaurant dan Black Canyon tampil memberi penjelasan berhubung isu bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Foto: Laman web Johnny’s Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd