Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kacau Dua Wanita! Tak Malu Tunjuk Kemaluan, Lelaki Masuk Lokap Empat Hari

Lelaki yang bertindak menunjukkan kemaluannya terhadap dua wanita ketika menunggang motosikal dalam satu kejadian berhampiran Kampung Keda, Sungai Udang, Yan pagi semalam direman selama empat hari sehingga Khamis ini.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Yan Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, suspek yang berusia 26 tahun itu tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini.

FOTO; HARIAN METRO/ZULIATY ZULKIFFLI

“Namun, siasatan masih dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan/ Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya selepas suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Yan bagi mendapat perintah reman hari ini.

Semalam, mangsa Nur Wahida Ahmad, 27, yang menunggang motosikal bersama anak saudaranya, 20, berdepan detik cemas ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka selepas menghadiri kursus kulinari di Guar Chempedak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Wahida berkata, suspek tiba-tiba membuka zip seluar dan memegang kemaluan selain mengekori mereka dari belakang menyebabkan dia sempat merakam aksi tidak senonoh lelaki tersebut.

Dia dan anak saudaranya kemudian tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan sebelum suspek berjaya ditahan pada petang hari yang sama.

Sumber: Harian Metro (Zuliaty Zulkiffli), Facebook Penduduk Guar Chempedak

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Anggota polis berpangkat Lans yang didakwa menembak isterinya, Safsufarnisya Salleh, 27 dengan lebih dari lima tembakan meminta agar dibawa ke pusara allahyarham. Permintaan itu...

Dunia

Demi konten dan perhatian, sesetengah orang sanggup melanggar larangan yang telah ditetapkan agama sedangkan dia sedar bahawa apa yang dilakukan adalah berdosa. Demi konten...

Spotlight

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila nama pelawak Indonsia iaitu Daus Mini didakwa curang belakang isterinya, Shelvie Hana Wijaya. Pun begitu, segalanya berubah...

Spotlight

Kereta pengarah dan penulis skrip filem kontroversi Mentega Terbang, Mohd Khairi Anwar Jailani serta pelakon karya tersebut disimbah cat dan bahan asid hari ini....

Advertisement