Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Jurutera Hilang 18 Hari Ditemukan Meninggal Dunia, Abang Reda Pemergian Mangsa

Abang kepada seorang jurutera yang hilang sejak 18 Mei lalu reda dengan pemergian adiknya selepas ditemui meninggal dunia di dalam kereta di Taman Sentosa, Johor Bahru, pada Rabu.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat memaklumkan bahawa mayat Muhammad Hamizan ditemukan sudah tidak bernyawa dalam kereta Proton Saga FLX di hadapan sebuah kedai jam 11 pagi, semalam.

Foto: NSTP

Raub berkata, mangsa yang berusia 33 tahun itu dipercayai telah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu memandangkan mayatnya ditemui dalam keadaan mereput di tempat duduk pemandu kereta berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pihak polis menerima maklumat daripada orang awam yang telah menjumpai seorang lelaki tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta. Mangsa adalah orang yang dilaporkan hilang sebelum ini.
“Dianggarkan mangsa sudah meninggal dunia dalam tempoh tiga hari dan mayat ditemukan sudah mula membusuk.
“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah. Kereta diletakkan di hadapan deretan premis kedai dan kejadian ini tidak membabitkan kemalangan,” katanya.

Foto: PDRM

Walau bagaimanapun, beliau berkata, mayat mangsa dibedah siasat untuk mengetahui punca kematian di Hospital Sultanah Aminah  (HSA).

Tambahnya lagi, laporan polis mengenai kehilangan Muhammad Hamizan telah dibuat oleh keluarganya pada 19 Mei yang lalu di Kota Tinggi, Johor.

Sementara itu, menerusi perkongsian di Facebook, abang mangsa iaitu Mahadhir Ramli menzahirkan ucapan penghargaan kepada orang ramai yang turut serta dalam pencarian adiknya sejak 18 hari lalu sekali gus memaklumkan bahawa arwah telah selamat dikebumikan di kampung mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Terima kasih kepada semua yang sama-sama mengambil tahu dan membantu mencari Allahyarham adik saya. Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kalian semua.
“Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung kami. Terima kasih semua,” ujarnya dalam kenyataan tersebut.

Pada 29 Mei lalu, seorang lagi abang mangsa, Muhammad Haziq menyeru orang ramai untuk memaklumkan kepada balai polis jika mempunyai maklumat mengenai kehilangan adiknya.

Muhammad Haziq berkata, Hamizan yang merupakan jurutera tapak di Projek Perumahan Transit Penjawat Awam Pengerang telah gagal dihubungi sejak 19 Mei lalu.

Foto: Media sosial

Sumber: Berita Harian (Omar Ahmad), Facebook Mahadhir Ramli
Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular sebuah video memaparkan seorang bayi lelaki selamat dilahirkan di tepi jalan berhampiran Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, dipercayai pada Ahad dalam keadaan hujan...

Sosial

Penulis muda yang juga pelajar Ijazah Sarjana Muda Penulisan Kreatif di ASWARA, Naim AlKalantani menegur sikap segelintir warganet yang keterlaluan menekan Menteri Pendidikan, Fadhlina...

Sosial

Seorang pramugari Malaysia Airlines (MAS), Zuhaimi Hashim, 60, menjadi perhatian netizen selepas video detik persaraannya selepas 40 tahun berkhidmat tular di TikTok. Pramugari MAS...

Sosial

Seorang wanita meluahkan rasa sebak apabila anaknya, Aisyah Sofia Rohaizan kini berada dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri selepas ditolak oleh rakannya. Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd