Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Juarai Terbuka Artik, Ahmad Zahid Ucap Tahniah Kepada Sze Fei-Nur Izzuddin

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada beregu lelaki profesional negara Goh Sze Fei, 27, dan Nur Izzuddin, 26, atas kejayaan mereka menjuarai Terbuka Artik 2024 di Vantaa, Finland, malam tadi.

Menerusi hantaran beliau di Facebook, Ahmad Zahid berkata kedua-dua pemain itu mempamerkan semangat luar biasa dengan bangkit selepas tewas 15-21 pada set pertama sebelum menang 21-15, 21-19 ke atas pasangan ranking dua dunia, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark.

Foto: Zahid Hamidi 

“Perlawanan yang sungguh mendebarkan namun kebangkitan #FeiDin menyuntik semangat juang yang tinggi dan inspirasi buat kita semua. Well done, boys! Saya doakan lebih banyak kejayaan buat anda berdua,” katanya menerusi hantaran itu pada Ahad.

Foto: Facebook Zahid Hamidi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada aksi akhir di Energia Areena, Sze Fei-Nur Izzuddin mempamerkan prestasi cemerlang untuk merangkul gelaran ketiga mereka tahun ini, sekali gus meranapkan hasrat pasangan Denmark berkenaan untuk mempertahankan kejuaraan mereka dalam kejohanan Super 500 itu.

Kemenangan hari ini membolehkan mereka melengkapkan koleksi gelaran di semua empat peringkat Jelajah Dunia (Super 300, Super 500, Super 750 dan Super 1000), sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai AS$33,180 (RM142,192) manakala pasangan Denmark menerima AS$15,960 (RM 68,396).

Foto: Harian Metro

Ia juga kejayaan ketiga mereka musim ini selepas muncul juara Terbuka Jepun Ogos lalu dan Terbuka China, bulan lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Zahid Hamidi, BERNAMA 

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes ceroboh kuil di Rawang, Selangor pada Rabu, lapor Bernama. Kes ceroboh kuil di Rawang Ketua Polis...

Lokal

Mahkamah Tinggi di Melaka mengetepikan hukuman denda RM1,500 terhadap seorang pengawal keselamatan yang mengaku mencuri susu tepung dan beberapa barangan lain di sebuah pusat...

Lokal

Penemuan baharu melibatkan anggota badan dan kepala dipercayai milik seorang wanita ditemukan di Taman Indah Permai, Sepanggar, pada pagi Khamis. Sebelum ini, beberapa anggota...

Lokal

Universiti Malaya (UM) memulakan siasatan dalaman susulan dakwaan di media sosial yang mengaitkan seorang pensyarah kanan institusi itu dengan gerakan Freemason. Dakwaan pensyarah terlibat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd