Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Juara Dunia Formula Satu, Lewis Hamilton Sah Sertai Ferrari

Desas-desus mengenai perpindahan Lewis Hamilton akhirnya terjawab apabila dia sah akan sertai Ferrari pada musim depan.

Keputusan itu secara tidak langsung juara dunia Formula Satu (F1) tujuh kali itu terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan lamanya, Mercedes.

Malah, Ferrari turut mendedahkan pemandu British berusia 39 tahun itu akan bergandingan dengan pemandunya sekarang, Charles Leclerc.

Lewis Hamilton sah sertai Ferrari

Artikel lain: Brendan Gan Sah Tinggalkan Selangor FC

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan juga, Hamilton akan menyertai pasukan baharunya secara rasmi pada tahun 2025 untuk kontrak beberapa tahun seperti mana yang diumumkan Ferrari.

“Ferrari dengan sukacita mengumumkan yang Lewis Hamilton akan menyertai pasukan pada tahun 2025, untuk kontrak beberapa tahun,” kata Ferrari dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai khabar angin Hamilton bakal dipindahkan ke pasukan Ferrari namun, spekulasi itu sukar untuk dijelaskan memandangkan kontraknya bersama Mercedes sehingga 2025.

Pun begitu, Hamilton dibenarkan meninggalkan Mercedes kerana perjanjian itu mengandungi klausa.

Sekadar info, pada tahun 2020 Hamilton dinobatkan sebagai juara dunia namun, tewas di tangan Max Verstappen pada tahun 2021.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemandu Red Bull dari Belanda itu terus mendominasi manakala Hamilton menduduki tempat keenam dalam kedudukan pemandu pada 2022 dan ketiga pada 2023.

Sumber: Harian Metro

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd