Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Jual Barang Cetak Rompak, Petaling Street Masuk ‘Blacklist’ Kerajaan AS

Baru-baru ini, United States Trade Representative (USTR) telah mengeluarkan satu senarai Semakan Pasaran-pasaran Barang Tiruan dan Cetak Rompak menerusi Kajian Semula Pasaran Terkenal 2022.

Menerusi senarai tersebut, beberapa lokasi di seluruh dunia yang didakwa mempunyai pasaran fizikal dan atas talian yang terlibat dalam penjualan cetak rompak sepanjang tahun 2022 telah dikenal pasti.

Difahamkan, aktiviti tersebut telah mengancam keselamatan ekonomi Amerika kerana disifatkan menyukarkan terhadap hasil kerja mereka untuk mencipta dasar perdagangan yang saksama dan inklusif.

“Urusniaga terhadap barangan palsu dan cetak rompak secara berluasa ini telah mengancam keselamatan
The Notorious Markets List merupakan satu wadah yang penting bagi menggesa sektor swasta dan rakan kongsi untuk mengambil tindakan ke atas amalan-amalan berbahaya ini,” kata wakil USTR, Katherine Tai.

Dalam laporan tersebut, pihak mereka telah mengenalpasti ekosistem e-dagang WeChat merupakan salah satu platform menawarkan barangan cetak rompak di China.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, e-dagang lain seperti Shopee, Ali Express, MP3 Juice, Sci Hub, Thepiratebay, Taobao dan lain-lain turut disenaraikan.

Petaling Street pun tersenarai juga!

Lebih mengejutkan apabila USTR menyenarikan Petaling Street – pusat tarikan pelancong di Kuala Lumpur – sebagai kawasan terkenal menjual barangan tiruan dan cetak rompak.

Antara barangan-barangan palsu yang boleh ditemui orang ramai di Petaling Street adalah seperti jam tangan, kasut, beg tangan, dompet serta beberapa barangan berjenama lain.

“Walaupun aktiviti pasaran belum kembali ke tahap sebelum pandemi kerana pelancong asing terhad, kebanyakan barangan yang ada pada masa ini nampaknya adalah tiruan,” tulis laporan tersebut.

Selain itu, laporan tersebut turut mengkritik sikap pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak bertanggungjawab dalam membendung aktiviti jualan barangan tiruan dan cetak rompak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dedah laporan itu, pihak PBT juga hanya akan mengambil tindakan sekiranya ada pihak membuat aduan mengenai hak cipta.

Sumber: laporanustr

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Bintang lincah skuad bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid menzahirkan rasa terharu selepas dilepaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk beraksi bersama Terengganu FC (TFC). Foto:...

Politik

Susulan mendapat pelbagai tanggapan dan reaksi positif juga negatif terhadap cadangan yang menamakan Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk menjadi calon perdana menteri, ulama...

Politik

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berpendapat bahawa tiada pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang layak jadi perdana menteri (PM)....

Sukan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pasukan Kebangsaan, Robert Douglas Friend atau Rob Friend meluahkan hasratnya untuk membawa Malaysia ke Piala Dunia. Hasrat bawa Malaysia ke...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd