Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

JS-SEZ Inisiatif Unik Promosi Malaysia Dan Singapura, Tarik Pelaburan Kepada Dua Negara – PM Anwar

Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) merupakan inisiatif yang unik apabila dua negara bekerjasama sebagai satu pasukan untuk promosi Malaysia dan Singapura bagi menarik pelaburan kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memetik laporan Sinar Harian, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia dan Singapura ditadbir oleh pentadbiran yang stabil dari segi politik dengan dasar ekonomi yang jelas bertujuan menarik pelaburan.

JS-SEZ promosi Malaysia dan Singapura bagi tarik pelabur

JS-SEZ Promosi Malaysia Dan Singapura

Katanya, kedua-dua kerajaan memilih dengan teliti dalam memastikan pelaburan sejajar dengan permintaan dan keutamaan masa depan.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong sempena lawatan rasmi Wong selama dua hari ke Malaysia yang bermula semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Lawrence berkata inisiatif itu memberikan mesej kepada pelabur untuk melihat kepada kerjasama yang saling melengkapi antara Johir dan Singapura serta pelbagai kelebihan dalam seluruh ekosistem JS-SEZ.

Beliau berkata terdapat banyak kekuatan yang boleh dimanfaatkan daripada kedua-dua pihak yang akan meningkatkan cadangan nilainya dan menjadikan JS-SEZ lebih kompetitif serta menarik perniagaan untuk beroperasi.

JS-SEZ Promosi Malaysia Dan Singapura

“Bagi pihak Singapura, kami telah mengadakan perbincangan dengan banyak perniagaan kami dan mereka amat berminat untuk meluaskan operasi ke Johor. Kami telah mempunyai insentif untuk perniagaan yang ingin mengembangkan operasi ke luar negara.
“Kami mempunyai insentif sedia ada untuk perniagaan dari Singapura yang ingin mengembangkan operasi ke luar negara. Perniagaan Singapura boleh memanfaatkan insentif tersebut, program kesediaan pasaran dan geran untuk mengembangkan dan beroperasi di Johor yang diselaraskan dengan operasi mereka di Singapura,” katanya.

Tambahnya, potensi besar JS-SEZ ialah kedua-dua negara bekerjasama untuk menarik pelaburan baharu di peringkat globar serta memasarkan dan mempromosikan zon ekonomi ini sebagai destinasi gabungan di Johor daan Singapura kepada pelabur.

Artikel lain: Telegram Platform Ketiga Terima Pelesenan Media Sosial Di Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Diharapkan, ini akan membolehkan kami (Malaysia dan Singapura) menarik lebih banyak pelaburan global ke negara masing-masing – meningkatkan nilai, memperluas peluang dan mewujudkan lebih banyak pekerjaan untuk rakyat kedua-dua negara,” ujarnya.

Terdahulu, Anwar dan Lawrence menyaksikan pertukaran perjanjian bersama antara Malaysia dan Singapura mengenai JS-SEZ selain enam memorandum persefahaman (MOU) dan satu surat niat (LOI).

JS-SEZ Promosi Malaysia Dan Singapura

MoU itu melibatkan bidang pemerangkapan dan penyimpanan karbon; kerjasama dalam Pendekatan Koperasi di bawah Perkara 6 (Perenggan 2) Perjanjian Paris dan kerjasama dalam pembangunan bandar.

Ia juga termasuk MoU mengenai kerjasama dalam kebajikan sosial, wanita dan pemerkasaan orang kurang upaya, pembangunan keluarga, kanak-kanak dan komuniti; MoU mengenai mencegah dan memerangi jenayah rentas sempadan serta MoU mengenai kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi.

Sementara itu, LOI antara Yayasan Antarabangsa Singapura (SIF) dan Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) adalah mengenai Program Sukarelawan Bahasa Inggeris Malaysia-Singapura (MSEVP).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas mendapati suami berulang kali curang hingga sanggup meninggalkan dirinya dan anak mereka selama beberapa hari demi meluangkan masa dengan...

Lokal

Ketua Pemuda MCA Pahang, Wong Siew Mun menjadi perhatian warganet kerana tampil bersuara berkenaan isu kemusnahan ladang durian musang king di Sungai Ruan dan...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mencuri tumpuan dengan kenyataan pedasnya berhubung lawatan Presiden China, Xi Jinping, ke beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia....

Lokal

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily ambil tindakan tatatertib terhadap individu yang bertanggungjawab berhubung kesilapan melibatkan ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap tanpa simbol bulan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd