Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

JPNT Catat Kerugian RM1.1 Juta Akibat Kerosakan 7 Sekolah

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) menganggarkan kerugian kira-kira RM1.1 juta, melibatkan tujuh buah sekolah di Kemaman yang rosak selepas dipukul ribut dan air hujan batu, kelmarin.

Menurut laporan Berita Harian, kerosakan membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Iman, SK Seri Kemaman, SK Bukit Mentok, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Sultan Ismail, SMK Bukit Mentok dan Sekolah Menengah Agama (SMA) Al Falah.

Pengarah JPNT, Jelani Sulong mengesahkan enam daripada tujuh sekolah yang rosak boleh kembali beroperasi bermula Ahad ini.

“Kerja-kerja membaik pulih kerosakan enam daripada tujuh sekolah termasuk pembersihan sisa runtuhan atap dilaksanakan pada Sabtu ini.
“Cuma SMA Al Falah diberi cuti peristiwa pada Ahad ini bagi melakukan kerja membaik pulih kerosakan termasuk kerja pembersihan,” katanya.

Foto: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelani berkata, SMA Al Falah merupakan sekolah paling terjejas kelmarin dengan kerugian sebanyak RM800,000, manakala kerugian beranggaran RM300,000 direkodkan bagi enam sekolah lain milik Kementerian Pendidikan.

“Kita anggarkan kerugian disebabkan kerosakan di enam sekolah milik Kementerian Pendidikan adalah kira-kira RM300,000,” katanya lagi.

Sumber: Berita Harian (Baharom Bakar)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd