Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

JPJ Perak Lelong 50 Kenderaan Disita, Kutip Hasil RM129,800

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak merekodkan kutipan RM129,800 hasil daripada lelongan 50 kenderaan pelbagai jenis yang disita di Pejabat JPJ negeri, Ipoh.

Menerusi satu laporan Kosmo!, Timbalan Pengarah JPJ Perak, Ab Aziz Awang Teh berkata, seramai 98 pembida telah mengambil bahagian dalam lelongan yang diadakan bermula pukul 9 pagi tadi.

Foto: The Star

“Bidaan tertinggi melibatkan sebuah lori jenis Hino dengan nilai lelongan RM25,300 manakala motosikal kapcai jenis Honda C70 pula dibida dengan nilai RM50.
“Bagi siri lelongan kali ini melibatkan 13 buah kereta, 28 buah motosikal, sebuah van, empat buah lori, dua buah bas dan masing-masing sebuah pikap dan semi treler.
“Daripada jumlah itu, sebanyak 24 buah kenderaan tidak boleh dilesenkan dan lapan buah kenderaan klon,” katanya.

Ab Aziz berkata, jumlah keseluruhan harga rizab adalah RM61,400 bagi lelongan awam pada kali ini, di mana harga paling tinggi sebanyak RM22,400 manakala yang paling rendah pula ialah RM50.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Kosmo!

“Pembida yang berjaya membida kenderaan perlu menyelesaikan urusan pertukaran hak milik dalam tempoh tujuh hari dari tarikh lelongan selaras dengan Seksyen 13 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
“Dokumen lelongan Awam telah mula dijual mulai 22 Julai hingga 26 Julai lalu dengan harga RM70 senaskah dan bagi pemeriksaan awam pula, JPJ telah membuka pagar kepada pembida pada tarikh yang sama,” jelas beliau.

Untuk makluman, pembida yang berminat untuk mendaftar boleh melayari laman web rasmi JPJ melalui https://jpjebid.jpj.gov.my.

Sumber: Kosmo! (Asliza Musa)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pengorbanan seorang bapa dalam sebuah keluarga tidak ternilai jasanya kerana sanggup melakukan apa sahaja demi melihat orang yang disayangi tersenyum gembira. Anak sebak, bapa...

Dunia

Presiden Republik Islam Iran, Masoud Pezeshkian menghubungi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memohon jasa baik Malaysia menyampaikan pendirian mereka buat negara-negara Islam...

Lokal

Seorang pengarah JKR (Jabatan Kerja Raya) bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, Jalan Duta esok atas pertuduhan rasuah melibatkan ratusan ribu ringgit, kata...

Nasional

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tampil menjelaskan dakwaan melibatkan beberapa warga Pakistan peroleh kad pengenalan biru adalah kes lama yang kembali ditularkan di media sosial....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd