Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Jokowi Beri ‘Habuan’ Cecah RM.17 Juta Kepada Atlet Olimpik Indonesia

Presiden Joko Widodo menyerahkan ‘habuan’ kepada kontinjen Indonesia di Sukan Olimpik Paris yang berjaya meraih pingat pada temasya dunia tersebut.

Menerusi satu laporan Tribun News, Jokowi berkata, hadiah tunai itu adalah sebagai penghargaan kepada atlet yang bekerja keras untuk mengharumkan nama Indonesia di Paris.

Foto: tirto.id

“Sebagai bentuk penghargaan atas prestasi yang membanggakan ini, pemerintah telah menyediakan bonus sebanyak Rp 6 miliar (RM1.7 Juta) kepada pemenang pingat emas.
“Rp1.65 miliar (RM467,000) pula kepada pemenang pingat gangsa,” katanya.

Jokowi juga memberikan hadiah kepada jurulatih atlet yang meraih kejayaan tersebut yang masing berjumlah Rp2.75 miliar (RM779,000) bagi pingat emas selain Rp675 juta (RM191,000) untuk pingat perak dan gangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bonus sebanyak Rp250 juta (RM70,000) untuk atlet yang tidak mendapat pingat turut diberikan sebagai sebuah penghargaan,” ujarnya.

Beliau turut menasihatkan kepada penerima hadiah supaya dapat memanfaatkan dan menggunakan wang berkenaan dengan baik selain berharap atlet dan jurulatih lain terinspirasi dengan habuan yang diberikan.

Foto: jurnalpalopo.pikiran-rakyat.com

“Bonus ini diharap dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya untuk memotivasi, meningkatkan prestasi, dan kemudian mengharumkan lagi nama bangsa dan negara di gelanggang dunia,” jelasnya lagi.

Pada temasya yang melabuhkan tirainya beberapa hari lalu, Indonesia berjaya meraih dua pingat emas menerusi Veddriq Leonardo dan Rizki Juniansyah sekali gus meraih pencapaian terbaik sejak edisi 1992 di Barcelona.

Sumber: Tribun News

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hospital Segamat memerlukan tambahan 49 Pegawai Perubatan (MO) bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan di fasiliti berkenaan dapat beroperasi pada tahap lebih ideal dan...

Lokal

Polis sedang mengesan empat lelaki yang disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri kabel dari sebuah lubang utiliti di tepi Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), dekat...

Lokal

Pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika mendaki di Gunung Batu Putih di sini, Jaslinda Saludin, 49, ditemukan selamat dan kini berada di rumah Tok...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa beliau tidak mengalami...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd