Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

John Cena Dilapor Umum Tinggalkan Gelanggang Gusti Tahun Depan

Ahli gusti profesional, John Cena mengumumkan akan bersara daripada sukan yang diminatinya, WWE pada tahun depan selepas dua dekad terlibat dalam gelanggang tersebut.

Menerusi satu laporan CNN, Cena berkata demikian semasa acara “Monday in the Bank” World Wrestling Entertainment sekali gus berterima kasih kepada penonton dan menganjur kerana sentiasa menyokong dan membenarkannya menjadi sebahagian daripada ahli gusti di WWE itu.

Foto: Google

“WWE dipenuhi dengan cerita. Ia sentiasa menjadi program cerita berakhir dan cerita baharu bermula. Saya tidak pernah terlalu bimbang dengan perkataan ‘warisan,’ dan saya tidak mahu anda mencampur-adukkan mesej di sini.
“Sekarang saya hanya mahu mencuba melakukan sesuatu yang istimewa untuk dunia orang yang saya berhutang segalanya,” katanya.

Foto: wrestling-world.com

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pelakon Hollywood itu juga memaklumkan untuk melakukan antara 30 hingga 40 peratus tarikh sehingga 2025 sebelum menamatkan kerjaya gustinya dan telah lama mempertimbangkan persaraan tersebut namun baru kini dirasakannya optimum.

“Perniagaan ini berada pada tahap populariti dan kesedaran yang luar biasa.
“Terdapat beberapa perkara besar yang berlaku, terutamanya debut Netflix dan saya bangga menjadi individu WWE boleh menghubungi dan berkata, ‘Ingat idea itu? Masanya sekarang.’ Mari kita lakukan sesuatu yang boleh menyatukan kita semua,” ujarnya.

Foto: deviantart.com

Untuk makluman, Cena yang berusia 47 tahun merupakan juara dunia WWE sebanyak 16 kali dan muncul melakonkan pelbagai watak dalam filem-filem popular seperti Barbie, The Suicide Squad dan francais Fast & Furious.

Sumber: CNN (Lisa Respers France)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Keterjaminan Makanan Dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr Azman Ibrahim memaklumkan bahawa tiada ladang ternakan babi beroperasi...

Sosial

Permulaan tahun 2026 dilihat kurang baik bagi usahawan terkenal, Ojen Aiwah apabila sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap jurulatih kecergasan, Tareq Fit susulan kenyataan yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Tareq Fit, tampil mempertahankan dirinya selepas timbul dakwaan bahawa kenyataan serta kandungan dimuat naik olehnya menjejaskan nama baik sebuah perniagaan milik...

Lokal

Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak di sini menyaksikan hanya seorang murid mendaftar bagi sesi Tahun 1 tahun 2026 semalam. Raissyah Aafiyah Rahmat, 7, memulakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd