Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Joe Biden Hidap Kanser Prostat Agresif, Kini Merebak Ke Tulang

Joe Biden hidan kanser prostat agresif

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dilaporkan sedang bertarung hidup melawan kanser prostat agresif dan dimaklumkan barah itu sudah mula merebak ke bahagian tulang.

Joe Biden hidan kanser prostat agresif

Joe Biden hidan kanser prostat agresif

Foto: Yahoo News

Memetik laporan NBC NEWS, Biden, 82, bersama keluarganya sedang mencari inisiatif bagi merawat penyakit itu dibantu pasukan perubatannya.

Biden dimaklumkan kini sedang berada di kediaman peribadi miliknya di Wilmington, Delaware.

“Minggu lalu, Presiden Joe Biden menjalani pemeriksaan susulan selepas mengalami gejala kencing yang semakin teruk.
“Beliau disahkan menghidap kanser prostat, diklasifikasikan sebagai Kumpulan Gred 5 dengan skor Gleason 9 serta menunjukkan tanda-tanda metastasis ke tulang pada Jumaat lalu,” kata jurucakap Biden, baru-baru ini.

Bagaimanapun, sel kanser itu dipercayai sensitif terhadap hormon biarpun menunjukkan satu bentuk penyakit yang lebih agresif membolehkan rawatan dapat dibuat dengan lebih berkesan.

Joe Biden hidan kanser prostat agresif

Foto: NBC NEWS

Pemakluman ini dibuat oleh jurucakap Biden setelah menemukan ‘nodul kecil’ pada prostat bekas Presiden AS itu sewaktu pemeriksaan kesihatan.

Terdahulu, Biden melakukan pemeriksaan kesihatan rutin di Pusat Perubatan Tentera Nasional Walter Reed dan doktor peribadinya, Dr Kevin O’Connor memaklumkan tiada kerisauan berhubung tahap kesihatan beliau dan mengesahkan Biden ‘layak untuk bertugas.’

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesihatan fizikal dan mental Biden sering mendapat perhatian media selepas dilantik menjadi Presiden AS yang juga individu tertua yang pernah menyandang jawatan itu.

Joe Biden hidan kanser prostat agresif

Foto: RTE

Artikel lain: Lantang Bersuara Depan Biden, Anwar Ibrahim Minta Hentikan Kekejaman Di Gaza

Untuk rekod, Biden berkhidmat sebagai Presiden dari 2021 hingga 2025 dan meletak jawatan pada Januari tahun ini sebagai presiden AS paling tua dalam sejarah.

Sumber: NBC NEWS

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Sukan

Insiden tegang mewarnai aksi final Piala Dunia 2026 apabila pemain Argentina dan Sepanyol terlibat dalam pergaduhan sejurus wisel penamat dibunyikan. Situasi tersebut tercetus selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd