Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pelajar Kolej Maut: Jiran Dakwa Rumah Sering Kosong – “Tak Pernah Bertegur Sapa”

Kediaman seorang pelajar kolej yang ditemui maut di USJ 2/1, Khamis lalu, Subang Jaya didakwa jarang didiami serta sering kelihatan kosong, menurut jiran berhampiran.

Menurut laporan Berita Harian, seorang wanita yang enggan dikenali berkata, sejak menyewa di kawasan itu setahun lalu, dia tidak pernah bertegur sapa dengan penghuni rumah berkenaan.

jiran

Foto: BH

“Memang jarang nampak orang. Kalau ada pun, saya tidak tahu siapa yang keluar masuk sebab kami tak pernah bertegur sapa.
“Keluarga mangsa ada datang sekali-sekala untuk bersihkan rumah, tapi mereka tidak berinteraksi dengan jiran. Datang dan pergi begitu sahaja,” katanya.

Artikel lain: Pelajar Kolej Ditemui Meninggal Dunia, Tergantung Pada Kipas Di Rumah

Jiran berkenaan memaklumkan, mangsa tinggal bersama kakaknya di rumah itu, manakala ibu bapa mereka menetap di Kota Kemuning, Shah Alam.

“Kalau mereka balik, terus parkir kereta dalam rumah. Beberapa hari sebelum kejadian pun tiada tanda pelik atau bunyi mencurigakan. Lagi pun rumah kami dekat jalan besar yang sentiasa bising dengan kenderaan,” ujarnya.

Tinjauan di lokasi mendapati kawasan sekitar rumah berkenaan telah dipasang pita polis, manakala usaha media mendapatkan maklum balas keluarga mangsa tidak berhasil kerana mereka enggan mengulas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata siasatan awal tidak menolak kemungkinan suspek adalah individu dikenali mangsa. Setakat ini, keterangan 12 individu sudah diambil bagi membantu siasatan.

jiran

Polis menerima panggilan pada jam 11.55 pagi Khamis lalu daripada seorang lelaki yang memaklumkan anak perempuannya ditemui tergantung pada kipas di ruang tamu tingkat dua rumah terbabit.

Bagaimanapun, hasil bedah siasat di Hospital Serdang mendapati punca kematian adalah pendarahan di sekitar tulang hyoid akibat kecederaan otot dan tulang kesan cekikan tangan (manual strangulation).

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Nor Azizah Mokhtar)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila didakwa diganggu seorang lelaki separuh bogel yang melakukan perbuatan lucah di dalam sebuah masjid di Bukit Siput, Segamat...

Sukan

Mahkamah Timbang Tara Sukan, Court of Arbitration for Sport (CAS) memutuskan tujuh pemain warisan negara dikenakan penggantungan selama 12 bulan, namun larangan itu hanya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd