Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Jerebu: Tiada Titik Panas Dikesan Di Malaysia – Nik Nazmi

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim tidak menerima sebarang laporan kebakaran besar dalam negara yang boleh dikaitkan dengan situasi jerebu ketika ini.

Memetik laporan Utusan Malaysia, menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kali terakhir laporan kebakaran besar-besaran di Malaysia yang diterimanya adalah pada bulan Mei lalu.

“Memang pernah ada kebakaran besar lebih lima bulan lalu tetapi berdasarkan data terkini saya terima, belum ada yang jadi titik panas pada ketika ini yang dikesan di Malaysia,” katanya.

Foto: Utusan Malaysia 

Nik Nazmi bagaimanapun mengakui data diperoleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menunjukkan ada kes kebakaran di luar negara namun tidak merujuk kepada mana-mana negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Justeru itu, beliau telah mengingatkan dan menghantar surat kepada syarikat-syarikat Malaysia yang beroperasi di Indonesia supaya tidak melakukan pembakaran secara terbuka.

Foto hiasan: Google

Dalam pada itu, Nik Nazmi memberitahu, operasi pembenihan awan (OPA) akan dilakukan jika indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 150 bagi tempoh lebih 24 jam, tertakluk pada kehadiran awan dan cuaca yang sesuai.

Pada masa sama, beliau turut memberitahu pihak kementeriannya dan agensi terlibat dalam pengurusan bencana sentiasa responsif sekiranya jerebu semakin buruk.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia Siti Nurbaya Bakar menafikan dakwaan berhubung jerebu berpunca daripada ratusan titik panas di negara tersebut.

Sumber: Utusan Malaysia (Amree Ahmad)

Iffa Sabrina
Ditulis oleh Iffa Sabrina

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

85% libat rakyat tempatan! Data terkini Kementerian Kesihatan menunjukkan 85 peratus kes tuberkulosis (tibi) di negara ini melibatkan rakyat tempatan, manakala hanya 15 peratus...

Lokal

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) melaksanakan operasi penguatkuasaan dikenali sebagai Operasi Penguatkuasaan Hutan Bersepadu (Ops Risi) di Hutan Simpan Kapar Tambahan, Kuala Selangor bagi...

Lokal

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan tindakan sitaan terhadap penjaja air balang di sekitar Dataran Merdeka pada Sabtu lalu. Dalam satu kenyataan hari...

Lokal

Kejadian mengejutkan menggemparkan penduduk Lorong Cherating Damai, Kuantan apabila lima sekeluarga ditemui tak bernyawa di dalam sebuah rumah pagi tadi, dipercayai mempunyai unsur jenayah....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd