Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Jepun Tarik Balik Amaran Tsunami Di Kepulauan Izu Dan Ogasawara

Agensi Meteorologi Jepun tarik balik amaran tsunami bagi Kepulauan Izu dan Ogasawara pada Selasa, pukul 11:00 am (10:30 am waktu Malaysia)  selepas beberapa kawasan menyaksikan ombak yang tinggi.

Memetik laporan Xinhua, Agensi itu mengeluarkan amaran bahawa terdapat perubahan air pasang yang kecil di sepanjang pantai Pasifik namun tidak ada kebimbangan mengenai kerosakan berkaitan tsunami.

Sebelum ini, Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran menggesa penduduk di kedua-dua kepulauan itu untuk menjauhi pantai susulan gempa bumu berukuran 5.9 magnitud melanda pulau Jepun pada pagi Selasa.

Jepun tarik balik amaran tsunami di Kepulauan Izu & Ogasawara

Jepun Tarik Balik Amaran Tsunami

Gempa bumi yang berlaku pada 8:14 waktu tempatan itu berpusat berhampiran Kepulauan Torishima pada kedalaman 10 kilometer  namun tiada seismos 1 atau keatas yang direkodkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam laporan pagi ini, Agensi Meteorologi Jepun melaporkan satu tsunami setinggi 50 cm melanda Pulau Hachijo di Kepulauan Izu, 40 minit selepas gempa bumi tersebut berlaku.

Bagaimanapun, tiada kerosakan yang dilaporkan dan tiada gempa bumi yang disahkan namun agensi itu mengeluarkan amaran kepada penduduk Kepulauan Izu dan Ogasawara untuk bersedia dengan tsunami setinggi 1 meter.

Jepun Tarik Balik Amaran Tsunami

Tiada gegaran kuat yang diperhatikan sejak gempa bumi yang berlaku di bawah laut berhampiran Pulau Torishima yang tidak berpenghuni kira-kira 600km di selatan Tokyo.

Pulau-pulau di Kepulaun Izu dan Kepulauan Ogasawara yang lebih terpencil di selatan mempunyai kira-kira satu dozen pulau yang mempunyai penduduk dan gabungan populasi itu berjumlah 24,000 setakat tahun lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: NHK, Xinhua, Reuters

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Lokal

Pempengaruh media sosial dan juga guru selebriti, Cikgu Zack Kirana menjadi perhatian ramai apabila menegur kesalahan ejaan perkataan Ramadan yang sering dilakukan oleh kebanyakan...

Sosial

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan. Menerusi...

Sosial

Sepasang lelaki dan wanita bukan suami isteri ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu serbuan di sebuah bilik sewa di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd