Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Jennifer Lopez Dilapor Fail Cerai Terhadap Ben Affleck

Bintang pop Amerika Syarikat (AS), Jennifer Lopez dilaporkan menfailkan perceraian terhadap suaminya yang juga pelakon, Ben Affleck pada Selasa.

Menurut laporan The Straits Times, penceraian itu dibuat di mahkamah Los Angeles, AS selepas dua tahun mereka menjadi pasangan suami isteri.

Foto: NSTP

Bagaimanapun, pasangan yang digelar “Bennifer” itu enggan mengulas mengenai perkara tersebut selain tidak mengesahkan sama ada ia benar atau tidak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pasangan sensasi itu sempat menghangatkan industri hiburan selepas kembali menjalin kasih pada 2021, yang kemudian mengumumkan bertunang pada April 2022 lalu.

Lopez, 55, juga pernah berkata, ia adalah kisah cinta paling indah antara mereka berdua selain peluang kedua selepas pernah putus tunang pada awal 2004.

Foto: NSTP

Tiga bulan selepas mengikat tali pertunangan, Lopez dan Affleck, 52, akhirnya rasmi menjadi suami isteri di Las Vegas pada Julai tahun yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada bulan Ogos 2022, satu majlis resepsi besar-besaran diadakan sekali lagi di ladang milik Affleck yang mempunyai keluasan 35 hektar di Georgia, AS.

Bennifer juga dilaporkan telah membeli rumah bersama berjumlah AS$60 juta (S$78 juta) di Los Angeles pada tahun berikutnya.

Namun, terdapat khabar angin berhubung keretakan dalam rumah tangga pasangan terbabit pada awal 2024.

Foto: NSTP

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, Lopez dikatakan menyambut ulang tahun yang ke-55 tanpa suaminya itu selain didakwa telah menjual rumah bersama dan Affleck juga telah berpindah ke pad bujang mewah.

Pasangan selebriti itu sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga, dimana ini merupakan perkahwinan keempat untuk Lopez manakala kali kedua untuk Affleck.

Sumber: The Straits Times

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd