Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Jennie BLACKPINK Muncul Dengan ‘Mantra’, Raih Lebih 7 Juta Tontonan Dalam Tempoh 8 Jam

Anggota kumpulan BLACKPINK, Jennie muncul dengan lagu solo terbaharu berjudul ‘Mantra’ yang dilancarkan awal pagi tadi selepas muncul You & Me’ pada tahun lalu.

Pelancaran lagu tersebut dijayakan di bawah naungan bersama syarikat agensi miliknya sendiri iaitu Odd Atelier (OA).

Menerusi satu sesi temu bual bersama majalah Vogue, Jennie menjelaskan lagu itu sebagai karya menyeronokkan dan bersemangat dalam meraikan kuasa wanita serta memberi inspirasi kepada setiap wanita untuk yakin bersinar dengan cara mereka sendiri.

Mantra mendapat sambutan yang luar biasa di platform YouTube dengan jumlah tontonan lebih tujuh juta selain 1.5 juta tanda suka dalam tempoh lapan jam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira dan teruja atas kemunculan lagu baharu yang dikatakan unik dengan pemilihan pakaian serta koreografi tarian muzik video lagu tersebut.

Malah, para peminat turut berpendapat bahawa Mantra menonjolkan sisi sebenar Jennie.

Wow menarik!

Mantra ditulis oleh Jennie sendiri bersama Billy Walsh, Claudia Valentina, Elle Campbell, Isabelle Carlsson, Jelli Dorman, Lennard Oestman dan Serban Kazan.

Sumber: Youtube JENNIE

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd