Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Jemaah Haji Minta Turun Pesawat, Lupa Beri Ayam Makan Di Rumah

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang jemaah haji yang dipercayai berlaku di Indonesia meminta kebenaran untuk turun daripada pesawat yang sudah berada di ruangan udara kerana belum beri makan kepada haiwan peliharaannya, di rumah.

Menurut laporan Liputan6, jemaah haji yang dikenali sebagai Juhani, 95, dari Majalengka, Jawa Barat itu secara tiba-tiba teringat akan ayam peliharaannya yang belum diberi makan.

Rakaman kejadian telah dirakam oleh seorang petugas haji, Ustaz Yuyud Aspiyudin yang dimuat naik di laman Facebooknya telah berjaya meraih perhatian ramai.

Dalam video tersebut, kelihatan seorang pramugari sedang memujuk Juhani untuk kekal bertenang memandangkan pesawat yang dinaikinya mahu mendarat di Kota Madinah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Yang jelas pramugari itu tidak faham apa yang Abah (Juhani) katakan, sedangkan jemaah semua ketawa kerana tingkah Abah yang kelakar,” kata Yuyud.

Sumber: Liputan6

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Australia terus diperkukuh menerusi penubuhan Jawatankuasa Perancangan Strategik sebagai langkah awal untuk mempertingkatkan kerjasama pertahanan kedua-dua negara. Perkara itu dipersetujui...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd