Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

JDT Ceburi Sukan Perlumbaan Motosikal Bersama Hafizh Syahrin

Johor Darul Ta’zim (JDT) mengembangkan jenama mereka ke bidang permotoran apabila menaja pelumba terkenal Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah bermula tahun hadapan.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook JOHOR Southern Tigers, JDT Racing Team akan menyertai pertandingan pertamanya dalam Asia Road Racing Championship.

Selain itu, JDT Racing Team juga berhasrat untuk bersaing dalam pertandingan Superbike World Championship kelak.

“Usaha terbaharu ini disasarkan akan mengembangkan lagi jenama JDT kepada khalayak global dan membuka pintu kepada lebih banyak kerjasama dengan syarikat-syarikat antarabangsa,” kata JDT dalam perkongsian tersebut.

https://www.facebook.com/photo?fbid=890008319161812&set=a.836693554493289

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nama Hafizh in tidak asing lagi dalam dunia permotoran apabila membuat kemunculan pertama di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada tahun 2018 bersama jentera Yamaha serta KTM dan kontraknya disambung ke tahun 2019.

Selain sukan bola sepak, JDT juga telah menceburi bidang futsal, polo, tinju dan hoki ais dan terbaharu, sukan permotoran.

Sumber: Facebook JOHOR Southern Tigers

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd