Penyanyi rap dan usahawan Jay-Z didakwa perkosa seorang remaja perempuan berusia 13 tahun pada tahun 2000 bersama-sama dengan penerbit lagu, P. Diddy.
Memetik laporan NBCNews, wanita dengan identiti rahsia Jane Doe mendakwa dia telah dirogol Jay-Z atau nama sebenarnya Shawn Carter pada parti selepas selesai MTV Video Music Awards.
Jay-Z didakwa perkosa remaja 13 tahun
Doe pertama kali memfailkan pertuduhan terhadap P. Diddy atau nama sebenarya Sean Diddy Combs pada Oktober lalu di Daerah Selatan di New York.
Bagaimanapun, Doe kemudian memfailkan saman semula dengan memasukkan nama Jay-Z sebagai salah seorang individu yang telah merogolnya pada tahun 2000.
Namun begitu, Jay-Z menafikan tuduhan itu dengan menyifatkannya sebagai keji disamping mendakwa peguam yang membantu memfailkan saman itu tidak profesional.
“Pertuduhan yang dilemparkan terhadap saya sangat keji. Saya minta anda untuk failkan aduan jenayah dan bukannya aduan sivil. Sesiapa yang melakukan tindakan keji itu terhadap kanak-kanak dibawah umur perlu dipenjarakan.
“Mangsa yang mendakwa perkara ini perlu mendapatkan keadilan jika perkara ini benar-benar berlaku,” katanya.
Sebelum Doe memfailkan saman tersebut pada Sabtu, pihak pendakwaan telah menyerahkan surat meminta Jay-Z untuk menyelesaikan perkara tersebut namun Jay-Z membalasnya dengan memfailkan saman terhadap peguam Doe.
“Anda telah membuat kesilapan besar dengan mendakwa semua selebriti adalah sama. Saya bukan dari dunia anda, saya adalah lelaki yang berjaya keluar dari projek Brooklyn.
“Kami tidak akan melakukan perkara-perkara ini, kami ada kod dan kehormatan yang sangat tinggi. Kami melindungi kanak-kanak,” ujar Jay-Z dalam satu kenyataan.
Malah, Jay-Z menyatakan dia akan ‘duduk’ berbincang dengan isterinya, Beyonce mengenai dakwaan yang dilemparken terhadapnya.
Sebagai info, dalam saman yang difailkan, Doe dirogol oleh Jay-Z dan P. Diddy ketika dia berada di sebuah parti yang diadakan di sebuah rumah selepas MTV Video Music Award di New York.
Tuntutan itu menyatakan salah seorang rakan Doe telah menghantarnya ke VMA di Radio City Music Hall, dan susulan tidak mempunyai tiket wanita itu mendekati pemandu-pemandu kereta mewa untuk mendapatkan akses.
Dalam tuntutan itu juga, salah seorang pemandu yang mendakwa bekerja untuk P. Diddy berkata wanita yang ketika itu berusia 13 tahun “sesuai” dengan apa yang penerbit itu cari.
Wanita itu kemudian dijemput untuk menyertai pesta selepas majlis anugerah itu yang dilangsungkan di sebuah rumah berwarna putih dengan jalan masuk berbentuk U.
Pada masa yang sama, wanita itu turut menandatangani dokumen yang dipercayai sebagai perjanjian untuk tidak mendedahkan perkara yang berlaku di parti tersebut.
Selepas memasuki rumah tersebut, Doe diberikan minuman yang membuatkan dia berasa pening sehingga menyebabkan dia perlu berbaring.
Tidak lama kemudian, Jay-Z dan P. Diddy memasuki bilik Doe sedang berbaring dan ketika itulah dia dirogol oleh penyanyi rap itu sambil ditonton penerbit dan seorang lagi wanita.
Tidak cukup dengan itu, selepas Jay-Z selesai, dia diganti pula oleh P. Diddy sambil ditonton oleh penyanyi rap itu dan wanita yang sama.
Sumber: NBCNews