Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Jawatankuasa Teknikal Ditubuh Lindungi Syarikat Malaysia Dalam Sektor Komoditi

Kementerian Perladangan dan Komoditi serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam telah mewujudkan jawatankuasa teknikal untuk melindungi syarikat tempatan dalam sektor komoditi bagi mendepani isu-isu berbangkit.

Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata jawatankuasa teknikal tersebut akan memastikan bahawa syarikat-syarikat Malaysia dalam sektor tersebut akan dapat menjalankan perniagaan mereka serta mengeksport tanpa ada sebarang halangan dari negara luar.

Jawatankuasa teknikal

Artikel lain: MITI Perkasa Pelaburan Hijau, Sasar Peralihan Tenaga Negara Menjelang 2050

“Hari ini saya telah mengadakan satu perbincangan yang sangat penting bersama Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad untuk memastikan produk-produk berkaitan komoditi Malaysia yang dieksport ke luar  negara tidak terjejas akibat daripada Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan EU (EUDR).
“EUDR ini boleh memberi implikasi dan menjejaskan produk-produk sektor komoditi Malaysia untuk dieksport jika kita tidak mematuhinya,” kata beliau dalam satu hantaran di laman  X malam tadi.  

Johari berkata nilai eksport bagi sektor komoditi Malaysia mencecah lebih RM160 bilion setahun dan ia menyumbang sebanyak 5.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta menghasilkan lebih satu juta peluang pekerjaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya, Malaysia juga berpotensi mendapat persepsi negatif di peringkat global sekiranya  tidak melibatkan diri secara langsung dalam menangani isu-isu hutan dan kelestarian alam.

“Oleh itu, satu kerjasama yang erat melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam ialah sebagai komitmen kerajaan di peringkat Persekutuan bahawa Malaysia memenuhi peraturan-peraturan dari segi ‘deforestation, traceability & geolocation’ (penebangan hutan, kebolehkesanan & lokasi geo),” kata Johari.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Sebuah video tular yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Tan Chia Yong, telah mencetuskan kegusaran orang ramai apabila mendakwa seorang pemandu bas ekspres sedang...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd