Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Jasad Liam Payne Selamat Dikebumikan, Semua Bekas Ahli One Direction Hadir Beri Penghormatan

Jasad bintang Pop One Direction, Liam Payne telah selamat dikebumikan dalam sebuah upacara pengebumian tertutup yang dihadiri oleh keluarga dan bekas ahli kumpulannya di Gereja St Mary di Buckinghamshire pada Rabu, sebulan selepas kematiannya.

Memetik laporan Independent, apa yang menarik perhatian, kesemua bekas anggota One Direction hadir memberi penghormatan buat kali terakhir kepada sahabat mereka.

Foto: Carian Google

Ini kali pertama mereka dilihat berkumpul di khalayak selepas sembilan tahun bepecah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Harry Style, Zayne Malik, Niall Horan dan Lois Tomlinson tiba di gereja secara berasingan sebelum menyertai rombongan ahli keluarga mendiang.

Kesemua mereka dilihat mengenakan sut berwarna hitam di majlis berkenaan.

Foto: Carian Google

Keranda jasad Liam diarak menaik kereta kuda dengan tertera bunga tertulis perkataan ‘ayah’ dan ‘anak’. Malah sebagai tanda peringatan terhadap hobi kegemarannya, satu set pin boling dipamerkan ketika perarakan berlangsung.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain bekas anggota One Direction, rakan selebriti lain turut hadir bersama adalah James Corden, Simon Cowell dan Chery Tweedy serta kekasih mendiang, Kate Cassidy.

Foto: Independent

Pada 16 Oktober lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita kematian Liam yang maut selepas terjatuh dari tingkat tiga balkoni sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina.

Punca kematian Liam masih menjadi tanda tanya ramai meskipun makluman awal mengesahkan ia berkaitan dengan dadah dan minuman alkohol.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Billboard

Sekadar info, mendiang Liam dilahirkan di Wolverhampton, England.

Liam pertama kali muncul sebagai peserta dalam pertandingan realiti TV, The X Factor pada tahun 2008 tetapi diberitahu oleh juri dan pencipta rancangan, Simon Cowell untuk kembali dalam dua tahun.

Apabila dia kembali pada tahun 2010, dia ditempatkan dalam One Direction bersama Styles, Horan, Malik, dan Tomlinson.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas kumpulan itu berpecah pada tahun 2016, kelima-lima bekas ahli kumpulan itu meneruskan karier solo.

Liam terkenal dengan lagu solonya “Strip That Down” sebagai album single utamanya.

Sumber: Independent

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd