Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Baliklah Sayang..” – Jasad Anak Ditemukan Selepas Ibu Berdoa Di Tepi Sungai

“Baliklah sayang, lihatlah air mata ibu yang jatuh ke dalam sungai ini…”

Itu bisikan pilu Yusliza Jusoh, 45, sebelum jasad anak bongsunya, Nik Zariff Maliki Qausar Nik Sulaiman, 12, ditemui terapung oleh pasukan penyelamat sekitar jam 8.25 pagi tadi.

anak

Foto: HM

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, mayat murid itu ditemui kira-kira 700 meter dari lokasi dia dilaporkan lemas ketika mandi bersama rakan-rakan.

Menurut Yusliza, seawal pagi dia bersama suami, Nik Sulaiman Nik Ismail, 48, menunggu di tebing sungai dengan penuh doa dan harapan.

Artikel lain: “Tempurung Kepala Retak..”- Anak Kritikal Ditolak Rakan, Ibu Mohon Doa Orang Ramai

“Saya sapu air mata dengan tangan dan celupkan ke dalam sungai sambil terus merayu kepada Allah. Tidak lama kemudian, Dia makbulkan doa saya. Wajah anak saya sangat tenang, seolah-olah sedang tidur. Saya dapat mencium dan mengusap wajahnya buat kali terakhir,” katanya.

Ibu mangsa menyifatkan arwah sebagai seorang anak yang patuh, tidak pernah melawan cakap ibu bapa dan sentiasa menurut kata.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ini semua takdir. Dia pergi dengan cara begini, insya-Allah dia anak syurga yang akan mendoakan kami. Saya yakin kami akan dipertemukan kembali di sana nanti,” ujarnya.

Jenazah Nik Zariff akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Serdang Dungun, bersebelahan pusara datuknya, Jusoh Abdul Aziz yang meninggal dunia tiga tahun lalu.

anak

Foto: Harian Metro

Dalam pada itu, Yusliza tidak lupa menzahirkan penghargaan kepada pasukan penyelamat dan penduduk kampung yang bertungkus-lumus membantu pencarian.

“Pengorbanan dan jasa mereka mencari anak saya tanpa mengenal penat, akan saya ingat sampai bila-bila,” tambahnya.

Sumber: Harian Metro (Rosli Ilham)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Lokal

Dua wanita yang bekerja di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang...

Nasional

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya tidak mencuba kaedah yang dikenali sebagai ‘tidur enam saat’, kerana ia bukan tidur sebenar dan boleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd