Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

JAS Laksana IRBM Bagi Tangani Punca Pencemaran Sungai

Jabatan Alam Sekitar (JAS) laksana Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) dengan kerjasama semua pihak bagi tangani punca pencemaran sungai dapat secara berkesan.

Ketua Pengarah (JAS) Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata demikian dalam Sesi Interaktif Ketua Pengarah Alam Sekitar Bersama Pempengaruh dan Pengamal Media di Putrajaya hari ini.

JAS laksana IRBM bagi tangani punca pencemaran sungai

Beliau berkata, terdapat perkara harus dilihat melalui beberapa peringkat iaitu di peringkat perancangan dan peringkat penguatkuasaan.

Artikel lain: RUU Kawalan Produk Merokok Diluluskan – “Terima Kasih Ahli Dewan Rakyat”

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Antaranya merancang pembangunan berdasarkan gunatanah mengikut IBRM, mengawal selia aktiviti pembangunan dan kerja tanah, mengawal pencemaran daripada pembangunan tidak terkawal, Pelaksanaan BMP’s bagi aktiviti EIA dan bukan EIA.
“Selain itu, pengawalan pelepasan leachate dari tapak pelupusan haram dan pelaksanaan Total Maximum Daily Load (TMDL) juga diambil kira,” katanya.

Manakala pada peringkat penguatkuasaan pula, ia perlu dijalankan secara menyeluruh mengikut bidang kuasa dan bidang tugas agensi.

Selain itu, program pencegahan dan pemantauan aktiviti haram yang menyumbang kepada pencemaran sungai juga perlu dilaksanakan selain operasi secara bersepadu antara Agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Sementara itu, bagi meningkatkan kesedaran awam kempen berterusan dan holistik perlu diperkasakan melalui program seperti Hari Alam Sekitar, Hari Sungai Sedunia, Hari Air Sedunia serta Mempertingkatkan hebahan dan kempen melalui media sosial.

Wan Abdul Latiff berkata, orang ramai juga mempunyai peranan penting dalam pemeliharaan alam sekitar menerusi pelbagai platform.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pelbagai platform sebagaimana kita dapat lihat pada ketika ini terutamanya media sosial yang mempengaruhi kehidupan seharian kita yang tidak dapat dinafikan.
“Justeru ia menjadi tanggungjawab kita smeua untuk menyusun strategi dalam penyaluran maklumat ini supaya seramai 26.8 pengguna media sosial aktif tahun ini di Malaysia dapat mesej yang sama.
“Ini adalah gambaran sebenar bahawa media sosial tidak boleh lagi diabaikan dalam agenda harian, kehidupan peribadi dan yang utama adalah kepada agensi Kerajaan untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat pada ketika ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pihak JAS sentiasa memperkukuh jalinan kerjasama yang membabitkan PBT, Majlis Perbandaran, Kerajaan negeri dan pelbagai pihak.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas banduan yang menempuh perjalanan hidup luar biasa menerima perkenan untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu pertemuan hampir sejam pada...

Spotlight

Perbezaan agama tidak seharusnya menjadi penghalang kepada hubungan kekeluargaan, sebaliknya perlu diraikan dengan rasa hormat dan kefahaman, demikian perkongsian menyentuh hati oleh personaliti Facebook,...

Sosial

Seorang suami kini berada dalam kesedihan mendalam selepas kehilangan isteri tercinta, Nor Suhaila Shariff dalam satu kemalangan maut di Batu 14, arah selatan Lebuhraya...

Lokal

Tiga kanak-kanak ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam kolam kumbahan berhampiran Flat Sibu Jaya di sini pada Rabu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd