Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Jaringan Gol Faisal Halim Di Piala Asia Qatar 2024 Antara 8 Terbaik

Pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah memilih jaringan gol Faisal Halim di Piala Asia Qatar 2024 antara lapan yang terbaik sepanjang temasya berkenaan.

Gol cantik Faisal Halim jadi perhatian

Menerusi perkongsian yang dibuat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), jaringan gol pemain sayap pasukan Harimau Malaya itu sewaktu menentang pasukan Korea Selatan pada 25 Januari lalu telah disenarai pendek bersama tujuh lagi calon yang lain.

https://www.facebook.com/FAMalaysiaOfficial/posts/pfbid0xa6p1JMc8BcXtJRmmEU9epsKd6Pdta8huFVYUW4aRemrmKTd3gVJtZhLGSZwbEiil

Jaringan gol Faisal Halim termasuk dalam 132 gol ang dilakukan di Piala Asia

Difahamkan, gol yang disempurnakan oleh Faisal atau biasa disapa Mickey itu telah tersenarai daripada 132 gol yang dijaringkan menerusi 51 perlawanan pada saingan yang berlangsung dari 10 Januari hingga 10 Februari lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara pemain lain yang turut sama berada dalam kelapan terbaik adalah pemain Jepun Keito Nakamura ketika menentang Vietnam (14 Januari), pemain Arab Saudi Abdulrahman Ghareeb menentang Oman (16 Januari), pemain tuan rumah Qatar Hassan Al Haydos menentang China (22 Januari) dan pemain Thailand Supachok Sarachat menentang Uzbekistan (30 Januari).

Artikel lain: Piala Asia: Perlawanan Sengit Malaysia, Korea Selatan Dipuji FIFA

Jaringan gol Faisal Halim berada bersama 7 lagi gol cantik dalam 51 perlawanan

Selain itu, jaringan gol dari pemain Jordan iaitu Mousa Al Tamari sewaktu menentang Korea Selatan pada 6 Februari turut tersenarai bersama gol dari pemain Korea Selatan Son Heung-min ketika menentang Australia (2 Februari) dan pemain Iran Sardar Azmoun menentang Qatar (7 Februari).

Oleh itu, orang ramai bolehlah memberikan undian buat Mickey menerusi laman sesawang AFC sehingga 25 Februari ini bagi memastikan pemain Harimau Malaya kita memenangi anugerah terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook FAM, AFC

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Faiz Soul mengajak semua pihak untuk ‘move on’ susulan video permohonan maaf Dr. Malar Santhi Santherasegapan berhubung kontroversi kenyataan melibatkan isu...

Sosial

Kenyataan pempengaruh dan usahawan, Faiz Soul, yang mendakwa satu produk minuman mampu menurunkan kolesterol serta paras gula dalam darah mencetuskan kecaman netizen. Mana tidaknya,...

Politik

Ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat, 45, menzahirkan ucapan tahniah kepada aktivis Ustazah Marhamah Rosli atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri di...

Dunia

Pertandingan E-sukan di Sukan SEA ke-33 bertukar hangat apabila satu isu serius membabitkan disiplin pemain mencuri tumpuan ramai. Seorang atlet wanita Thailand bagi acara...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd