Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Jangan Terpedaya! Konsert Maroon 5 & Ed Sheeran di Malaysia Hanya Scam

Sejak kebelakangan ini, semakin kerap kita mendapat khabar ramai penyanyi tersohor antarabangsa, baik solo mahupun berkumpulan bakal mengadakan konsert di Malaysia.

Antara desas-desus didengari adalah kumpulan muzik rock, Maroon 5 dan pelatun lagu Shape Of You, Ed Sheeran yang bakal datang bertemu peminat pada tahun ini.

Ini dapat dilihat menerusi iklan berbayar yang tular di media sosial memaparkan Ed Sheeran bakal mengegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 23 September ini.

Manakala, kumpulan muzik yang popular dengan lagu Payphone dijangka bakal bertemu peminat menerusi konset M5LV The Residency pada 9 September 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, orang ramai dinasihati agar berhati-hati sebelum membuat sebarang transaksi pembayaran kerana ia dipercayai ‘skim penipuan’. Ia dapat dilihat dengan jelas  menerusi pautan laman sesawang yang seakan menggunakan nama ‘LiveTicket2U.com’.

Bagi mereka yang aktif menghadiri konsert dianjurkan, pasti sedia maklum Ticket2U merupakan platform jualan tiket konsert secara atas talian selain pernah menjual tiket konsert Ed Sheeran yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada 2019.

Setakat kini, tiada lagi sebarang pengumuman rasmi dibuat oleh mana-mana pihak daripada Maroon 5 (tekan sini) dan Ed Sheeran (tekan sini) menerusi laman sesawang rasmi mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pertemuan dua gadis sebaya, Putri Qisya dan Keisya, menarik perhatian netizen apabila wajah mereka kelihatan sangat seiras hingga ramai menyamakannya seperti pasangan kembar. Momen...

Sosial

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed menyambut hari ulang tahun kelahiran kali ke-33 penuh meriah dengan memotong sebiji kek bertatahkan emas 916 berjumlah...

Dunia

Hasrat seorang anak untuk membawa ibunya bercuti berakhir dengan tragedi memilukan apabila wanita itu maut selepas dilanggar anak kandungnya sendiri di tepi jalan, ketika...

Sosial

Dua individu yang juga pengasas eHati International Sdn Bhd, Diyana Tahir dan Rahim Shukor, telah ditahan pihak polis selepas selesai memberi kenyataan di Ibu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd