Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Jangan Politikkan Isu DLP, Sekolah Bukan Bantah Penggunaan BM – Guan Eng

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng membidas kenyataan BERSATU dan Pemuda UMNO yang dilihat mempolitikkan isu Program Dwi Bahasa (DLP) untuk pengajaran Sains dan Matematik di sekolah.

Menerusi satu laporan Malaysiakini, Guan Eng berkata, kenyataan BERSATU yang menggambarkan sekolah Cina di Pulau Pinang memainkan isu 3R (kaum, raja, agama) adalah tidak adil kerana rungutan dibuat pengerusi lembaga sekolah hanya mengenai isu pendidikan.

 Foto: Malaysiakini

“Beliau (Koay Hean Eng) adalah pengerusi lembaga pengarah (SMJK Chung Ling). Beliau tidak menentang mengajar bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa penghantar.
“Beliau hanya meminta bahawa isu Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris seperti dilaksanakan sebelum ini iaitu zaman kerajaan Muhyiddin (bekas Perdana Menteri).
“Sekiranya ibu bapa mahukan Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris maka mereka dibenarkan belajar dalam bahasa Inggeris,” katanya pada Khamis.

Beliau berkata, 11 SMJK dan sekolah Cina di Pulau Pinang hanya mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membatalkan arahan yang mewajibkan pihak sekolah perlu mengadakan sekurang-kurangnya satu kelas mengajar Sains dan Matematik dalam BM

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tidak ada syarat bahawa satu kelas mesti dalam bahasa Malaysia dan beliau sebut bahawa ini menimbulkan masalah kerana banyak, hampir semua mahu belajar dalam bahasa Inggeris,” ujarnya.

 Foto: Malaysiakini

Ahli Dewan Undangan Negeri itu turut memaklumkan bahawa sebilangan besar ibu bapa pelajar Melayu juga memilih supaya pembelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris dan bukan sahaja ibu bapa Cina.

“Sekiranya ibu bapa mahukan anak-anak mereka belajar dalam bahasa Inggeris, biarkan mereka belajar dalam bahasa Inggeris seperti yang kita sebut tadi semua pun setuju.
“Sebilangan besar ibu bapa adalah daripada kaum Melayu, jadi, ini bukanlah isu 3R. Itu adalah isu pendidikan,” tambahnya lagi.

Guan Eng juga menggesa supaya Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh tidak mempolitikkan isu tersebut sekali gus menegaskan bahawa isu itu bukanlah menentang bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar.

“Kami berharap mereka ini tidak akan mempolitikkan pendidikan tetapi harus mendemokrasikannya. Mendemokrasikan pendidikan bermakna menghormati pilihan ibu bapa.

 Foto: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Perkara seperti ini haruslah dipermudahkan. Tapi apa yang berlaku sekarang ialah pihak kementerian menyusahkan sekolah-sekolah dan juga ibu bapa-ibu bapa berkenaan,” ujarnya.

Untuk makluman, wakil dari 11 SMJK dan sekolah menengah Cina di Pulau Pinang Koay Hean Eng mendakwa bahawa hampir tiada pelajar menyertai kelas mata pelajaran Sains dan Matematik dalam BM selepas KPM mengeluarkan pekeliling bertarikh 15 April yang mewajibkan mengadakan sekurang-kurangnya satu kelas mengajar dalam BM.

Susulan itu, mereka menggesa kementerian agar membatalkan arahan tersebut dan membenarkan mata pelajaran itu diajarkan dalam bahasa Inggeris di bawah DLP sebelum ini.

Sumber: Malaysiakini (Wong Kang Jia)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Ditulis oleh

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bakal menyertai Kumpulan BRICS (sebuah kesatuan ekonomi yang terdiri daripada negara-negara Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika...

Lokal

Polis sedang memburu empat lelaki bertopeng yang terlibat kes samun menggunakan senjata api di sebuah kedai emas dalam bangunan pusat beli belah di Metro...

Bisnes

Syarikat perisian komputer, Adobe Systems Incorporated (Adobe) dilaporkan telah disaman Jabatan Keadilan Amerika (DOJ) berikutan penawaran pelan langganan yang dikatakan tidak telus kepada pengguna. Menerusi...

Politik

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menganggap pengumuman penurunan harga telur ayam sebanyak tiga sen yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan sebagai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd