Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PM Arah Jabatan Kerajaan Jangan Layan Surat Tidak Guna Bahasa Kebangsaan

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan supaya jabatan kerajaan tidak melayan mana-mana surat rasmi yang dikirim bukan dalam bahasa kebangsaan.

Surat akan dipulangkan jika tidak guna bahasa Melayu

Memetik laporan dari Bernama, beliau merasakan seperti ada sikap yang dirasakan ‘terlajak’ dan terpesong oleh beberapa pihak kerana  cuba meninggalkan asas Perlembagaan Persekutuan untuk berhubung dengan jabatan kerajaan dalam bahasa kebangsaan.

“Jadi saya ingatkan hal ini, kalau dalam kalangan syarikat tempatan dan universiti tempatan termasuk swasta, arahannya ialah siapa sahaja menulis dalam bahasa lain selain bahasa kebangsaan, surat itu akan dipulangkan.
“Pemerkasaan budaya, bahasa dan sastera itu sesuatu yang integral dalam pembinaan bangsa, jadi jangan kita cuba meremehkan.
“Dan, saya harap peringatan ini diambil kira. Arahan yang jelas, KPPA (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamed) pun ada … tidak akan melayani sebarang surat yang  disampaikan rakyat atau syarikat tempatan selain daripada bahasa kebangsaan,” katanya.

Kredit foto: Majalah Labur

Guna Bahasa Kebangsaan, tak remehkan bahasa Inggeris

Walau bagaimana pun, Anwar sama sekali tidak merasakan bahawa tindakan seperti itu ‘sempit’ kerana kerajaan sama sekali tidak meremehkan bahasa Inggeris.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ini tidak menjadikan kita sempit, kerana saya sering kali mengingatkan rakan-rakan bahawa saya tidak mungkin diminta mengajar di Georgetown University, Washington DC kalau tidak dapat menguasai bahasa Inggeris. Saya tidak remehkan (penguasaan bahasa Inggeris),” katanya.

Dalam pada itu, perdana menteri juga menyarankan agar keghairahan membaca harus dipupuk sejak muda lagi dan bukannya sekadar untuk lulus dalam peperiksaan.

“Saya harap budaya ini harus dihidupkan kerana sebaik sahaja kita mampu membaca, menelaah dan menghadam barulah kita dapat insya-Allah, menguasai ilmu mendalam dalam semua bidang. Kalau tak kita jadi intelektual picisan,” kata beliau.

Kredit foto: Sinar Harian

Bahasa kebangsaan jangan dikebelakangkan

Anwar menegaskan bahawa bahasa dan budaya janganlah dikebelakangkan walaupun kita sedang mengejar dan meneroka tekonologi.

Kita tak nak orang ingat dalam keghairahan teroka pemikiran baharu tetapi kita tinggalkan landasan akar bumi (bahasa dan budaya),” ujarnya.

Kredit foto: FMT

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata walaupun aspek penerokaan bidang baharu menjadi fokus dalam kerangka Malaysia MADANI, ia tidak mungkin mematangkan negara tanpa usaha penguasaan bahasa dan pemerkasaan budaya.

Sumber: Bernama

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd