Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Jamal Yunos Gesa Lembaga Disiplin UMNO Gantung Keahlian KJ

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bekas ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin berhubung dakwaannya yang mengatakan ada ‘pengundi hantu’ yang dibawa masuk oleh parti UMNO bagi meluluskan usul agar dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan.

Kongsi di Insta Story

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Khairy menerusi Insta Story miliknya dan merakam situasi yang sedang berlaku di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Tuduhan dianggap berniat jahat

Memetik laporan dari Astro Awani merujuk kepada ucapan yang dibuat oleh Jamal Yunos, beliau mengatakan yang tuduhan dibuat KJ adalah berniat jahat dan sengaja ingin memburukkan UMNO.

Bukan itu sahaja, beliau juga mendakwa tang kedudukan perwakilan yang telah ditanggalkan di dalam dewan telah dilakukan oleh ‘konco-konco’ yang telah dibayar oleh KJ.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Saya tak tahu mengenai kerusi yang dicabut tag itu.
“Kalau kenyataan itu dikeluarkan oleh Khairy, sedangkan kami yang dari semalam hingga hari ini berada di dalam dewan tersebut, saya yakin perbuatan tersebut dilakukan oleh orang-orang KJ sendiri.
Dari semalam kami duduk di barisan yang sama, hari ini bila dia sebut tag tidak ada, kami tak perasan pun tidak ada tag. Jadi saya yakin mungkin dalam waktu rehat, tengah hari atau awal pagi tadi (tag itu dicabut), KJ saja yang tahu. Orang lain tak tahu, saya pun tak tahu.
“Saya yakin perkara itu dilakukan oleh beliau sendiri atau oleh konco-konco yang diupah termasuk yang ‘boo’ semalam. Saya yakin perbuatan ‘boo’ semalam sebahagian perwakilan dibayar oleh KJ dan orang-orangnya. Mereka semua diupah oleh saudara KJ,” katanya.

Diupah oleh KJ untuk ‘boo’?

Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar turut mendakwa sebahagian perwakilan yang berada dalam kumpulan ‘boo’ memaklumkan telah menerima bayaran sehingga RM300.

“Sekuat mana (tuduhan) diupah? Sekuat mana ‘diboo’ itu, setinggi itu lah nilai yang dibayar oleh mereka.
“Saya tahu kalau tiada bayaran, lagi kuat suara mereka ‘boo’, lagi banyak mereka dapat bayaran. Itu yang saya dimaklumkan,” dakwa Jamal.

Gesa KJ digantung keahlian

Susulan daripada itu, pihaknya telah membuat satu laporan polis berhubung isu tersebut selain menghantar aduan rasmi kepada Lembaga Disiplin UMNO agar mengenakan tindakan disiplin terhadap bekas Menteri Kesihatan itu.

“Saya minta Lembaga Disiplin UMNO untuk mengambil tindakan kepada KJ yang semberono mengeluarkan kenyataan berniat jahat.
“Selepas ini, saya akan membuat aduan rasmi kepada Lembaga Disiplin supaya mengambil tindakan dan berharap KJ boleh digantung daripada ahli UMNO,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Khairy Jamaluddin mendakwa bahawa sebahagian tag kedudukan perwakilan yang sebelum ini diletakkan di kerusi Dewan Merdeka telah pun ditanggalkan.

Beliau mendakwa berkemungkinan besar tindakan tersebut dibuat membawa masuk pengundi luar bagi meluluskan usul kelapan yang akan berlangsung pada petang semalam.

Sumber: Astro Awani (Hasimi Muhamad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Akaun media sosial milik pelawak kelahiran Malaysia, Uncle Roger telah digantung oleh pihak berkuasa China selepas bergurau senda mengenai Beijing dan menjadikan isu Taiwan...

Dunia

Selain di Malaysia, negara jiran, Indonesia juga sedang dilanda ‘demam’ Coldplay apabila masing-masing masih heboh bercerita tentang konsert band dari United Kongdom itu yang...

Spotlight

Bekas isteri kepada penyanyi Indonesia, Tegar Septian iaitu Sarah Sheilka difahamkan telah pun mendirikan rumah tangga dengan lelaki lain kelmarin. Belum setahun menjanda Menerusi...

Spotlight

Konsert dari band terkenal British, Coldplay yang bakal berlangsung pada November buat julung kalinya telah mendapat pelbagai respon termasuklah mereka yang membantah pengajurannya. Sedar...

Advertisement