Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Jalan Licin Dan Basah Punca Trak ATM Bawa Kenderaan Perisai Terbabas

Kemalangan sebuah kenderaan pengangkutan kereta perisai (KPKP) milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kilometer (KM) 35.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, 7 November lalu didapati berpunca daripada jalan licin dan basah.

Foto: Sinar Harian

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir menyatakan kertas siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah dibuka.

“Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati pemandu kenderaan itu dari Kem Batu 5, Mentakab, Pahang ke Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan.
“Kenderaan itu telah terbabas melanggar besi penghadang jalan di sebelah kanan dan terjatuh ke arah laluan bertentangan di KM 35.3 Kuala Lumpur menghala ke Bentong akibat jalan licin dan basah,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Noor Ariffin turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang telah menyalurkan maklumat berkaitan insiden tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan melangkaui siasatan polis berhubung mana-mana kes yang masih dalam proses siasatan,” ujarnya.

Foto: Sinar Harian

Khamis lalu, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman dilaporkan berkata, kemalangan tersebut menyebabkaan kenderaan yang membawa muatan dua kereta perisai ADNAN terbalik.

Menurutnya lagi, kejadian itu berlaku ketika kenderaan berkenaan dalam perjalanan ke Gemas bagi tujuan latihan pada jam 4.48 petang.

Terdahulu, Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) telah memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa mereka akan membentuk lembaga penyiasatan untuk mengkaji dan mengenal pasti punca sebenar kemalangan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Ahmad Ismadi Ismail)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd