Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

JAKIM Siasat Kontrak Katering RM25.64 Juta Hospital Kepada Syarikat Tanpa Sijil Halal

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mendapatkan maklumat terperinci berhubung penganugerahan kontrak katering bernilai RM25.64 juta oleh Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) kepada sebuah syarikat yang dilaporkan tidak memiliki pensijilan halal.

JAKIM siasat kontrak katering HCTM

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pihaknya mengetahui isu tersebut melalui Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025 dan tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak kerana berkemungkinan wujud kekeliruan dalam proses pelantikan.

Jakim siasat kontrak katering

Foto: Sinar Harian

“JAKIM tidak menyalahkan mana-mana pihak secara langsung. Sebaliknya, kita sedang meneliti perkara ini secara harmoni dan akan bekerjasama dengan pihak berkaitan untuk mencari penyelesaian terbaik,” katanya.

Menurut Sirajuddin, laporan audit itu menyatakan kontrak katering berkenaan diberikan kepada syarikat bernombor pendaftaran 0267299-T, yang ditugaskan membekalkan makanan kepada pesakit hospital selama tiga tahun bermula Februari 2024, tanpa memiliki sijil halal yang dikeluarkan JAKIM.

Artikel lain: Kontrak Katering RM25.6 Juta HCTM Diberi Kepada Syarikat Tiada Sijil Halal

Katanya, garis panduan Kementerian Kewangan (MOF) jelas menyatakan bahawa syarikat penyedia makanan yang dilantik oleh mana-mana jabatan kerajaan mesti mempunyai sijil halal yang sah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Jakim siasat kontrak katering

Foto: Carian Google

“Pihak MOF sendiri telah menetapkan syarat bahawa mana-mana penyedia makanan bagi program agensi kerajaan mesti memiliki sijil halal. Ini termasuk program anjuran JAKIM sendiri di luar pejabat. Namun begitu, kami tidak menolak kemungkinan berlaku salah faham atau kekeliruan dalam kes ini, dan kami akan menyemaknya dengan lebih lanjut,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa prosedur perolehan berkaitan makanan di institusi kerajaan perlu mematuhi syarat halal, serta JAKIM bersedia untuk membantu melakukan pengesahan sekiranya diminta oleh pihak berautoriti.

Jakim siasat kontrak katering

Foto: Carian Google

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai siasatan berhubung program motivasi rumah tangga eHati yang dikaitkan dengan JAKIM, Sirajuddin enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan oleh pihak polis dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Kita tidak mahu keluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengganggu proses siasatan. Biar pihak berkuasa selesaikan dahulu,” jelasnya.

Sumber: Sinar Harian (Syamilah Zulkifli)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd