Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Garis Panduan Muslim: JAKIM Boleh Nasihat Orang Islam, Dasar Perlu Ambil Kira Aspek Perpaduan

Jemaah Menteri bersetuju Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM boleh nasihat orang Islam berkaitan keperluan menjaga akidah ketika menyertai majlis yang dilangsungkan di rumah ibadat selain Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan bersama hari ini berkata nasihat tersebut tidak bersifat dasar.

JAKIM boleh nasihat orang Islam mengikut garis panduan Muslim

JAKIM boleh beri nasihat orang Islam

Menurut kenyataan itu, satu mesyuarat dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diadakan hari ini bagi kekeliruan berhubung cadangan pelaksanaan garis panduan tersebut.

Melalui mesyuarat itu, Jemaah Menteri mengingatkan bahawa setiap dasar yang dirangka perlu mengambil kira aspek perpaduan nasional serta mendapatkan kelulusan Kabinet terlebih dahulu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pada masa yang sama, Kementerian Perpaduan Negara akan terus menyemarakkan pelaksanaan Dialog Harmoni bagi memperkukuhkan keharmonian dan menggalakkan interaksi antara penganut pelbagai agama di negara ini.
“Perbincangan yang inklusif itu telah mengambil kira sensitiviti semua pihak kerana ia amat penting dalam membina kesepaduan nasional.
“Justeru, segala perkara berkait rapat dengan keharmonian antara penganut agama akan dibincangkan secara lanjut dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (JK Harmoni) yang dipengerusikan bersama,” kata kenyataan itu.

Artikel lain: Garis Panduan Umat Islam: MP DAP Mahu Jumpa Menteri Agama

JAKIM boleh nasihat orang Islam

Sementara itu, Mesyuarat JK Harmoni Bil 1/2025 dijadualkan berlangsung bulan ini untuk mendengar segala pandangan ahli-ahli yang terdiri dari 24 wakil penganut agama (Islam, Buddha, Hindu, Kristian, Sikh, Tao, Baha’i).

Sebelum ini, media melaporkan JAKIM sedang memuktamadkan garis panduan khusus berkaitan pembabitan orang Islam dalam majlis sambutan perayaan, upacara kematian, kunjungan dan penganjuran majlis di rumah ibadat selain Islam.

Mohd Na’im dipetik berkata, garis panduan itu akan dimuktamadkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-126 yang dijadualkan berlangsung pada 25 hingga 27 Februari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Garis panduan itu akan diperkenalkan supaya pembabitan orang Islam dalam majlis sambutan mestilah tidak disertakan perbuatan yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.

Garis panduan perlu ambil kira aspek perpaduan, JAKIM boleh nasihat orang Islam

Ia mencakupi hal menyentuh ucapan atau nyanyian berbentuk propaganda, serta penyebaran risalah dan agama, persembahan atau ucapan yang menghina atau mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Lokal

Lebihan Makanan Dibasuh Untuk Haiwan! Pemilik restoran RB Nasi Kandar, Datuk Fadzil A Bakar, menafikan dakwaan bahawa premisnya di Kemayan Square membasuh lebihan makanan...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd