Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Jakel Beri Kuil Hindu KL Tempoh 7 Hari Untuk Pindah, Sedia Salur Sumbangan RM1 Juta

Jakel Trading memberi tempoh tujuh hari kepada pengurusan Kuil Hindu KL iaitu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman untuk memindahkan struktur sedia ada dari sebidang tanah milik syarikat tekstil itu di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur, bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembangunan.

Mohon kerjasama Kuil Hindu KL untuk kosongkan tapak

Memetik laporan daripada Malaysiakini, syarikat itu memohon kerjasama segera pihak kuil untuk mengosongkan tapak berkenaan dalam tempoh ditetapkan, merujuk kepada satu notis bertarikh 13 Januari yang dilihat.

Dalam pada masa yang sama, Jakel memaklumkan tentang peruntukan RM1 juta yang boleh disalurkan oleh peguam Jakel selepas pengesahan tapak dikosongkan sepenuhnya.

Kuil Hindu KL beri amaran

Dalam surat ditandatangani pengurus besar Jakel Trading, Khadijah Mohd Yatib, syarikat itu turut memberi amaran kegagalan mematuhi arahan tersebut akan menyebabkan “tawaran niat baik” ditarik balik dan tindakan undang-undang diambil bagi menguatkuasakan hak sebagai pemilik tanah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengarah Jakel Trading, Mohamed Nizam Mohamed Jakel mengesahkan notis itu telah dihantar kepada pihak kuil.

“Saya hantar surat itu (kepada pihak kuil) baru semalam. Kami harap mereka dapat mengosongkan tanah itu segera,” katanya menerusi mesej teks.

Nizam turut mengesahkan sumbangan RM1 juta itu dibuat berdasarkan persetujuan terdahulu antara Jakel dan pihak kuil.

Walau bagaimanapun, setiausaha jawatankuasa kuil, Karthik Gunaseelan berkata pihaknya terkejut dengan tempoh tujuh hari yang diberikan dan masih mendapatkan nasihat guaman.

“Kami telah melihat surat itu dan kandungannya. Ya, kami menerima surat daripada Jakel semalam. Mereka mahu kami berpindah dalam tempoh tujuh hari.
“Kami mahu berunding kerana kami belum mendapat tapak kosong untuk tanah baru.
“Selain itu, adakah mungkin untuk memindahkan keseluruhan sebuah kuil dalam masa tujuh hari? Itu mustahil. Kami telah memaklumkan semua perkara ini kepada kerajaan, jadi kami terkejut mengapa tiada sebarang komen dan di mana komitmennya?
“Mereka kata komited untuk melihat perkara ini selesai. Jadi kami terkejut dan mahu melihat komitmen daripada kerajaan. Saya ada surat Zaleha,” katanya.

kuil Hindu KL

Artikel lain: Struktur Haram Rumah Ibadat Di Rizab Masjid Dengkil Dirobohkan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Karthik menyatakan tanah baharu untuk kuil tersebut telah diwartakan, namun masih terdapat beberapa proses yang perlu diselesaikan sebelum perpindahan dapat dilakukan sepenuhnya.

“Kami telah memperolehnya, tetapi ada proses yang perlu dipatuhi. Kami berasa sedih dengan situasi ini,” tambahnya.

Isu pertikaian tanah kuil itu menarik perhatian awam tahun lalu susulan sidang media melibatkan Lawyers for Liberty dan beberapa pihak lain berhubung rancangan Jakel untuk membangunkan sebuah masjid di tapak berkenaan, yang memerlukan pemindahan kuil tersebut.

Susulan bantahan, perbincangan melibatkan Jakel, jawatankuasa kuil dan DBKL diadakan, dengan persetujuan memindahkan kuil ke tapak alternatif kira-kira 50 meter dari lokasi asal di sekitar Jalan Masjid India.

Walaupun pelan penempatan semula diumumkan, kuil itu masih belum dipindahkan secara fizikal sementara menunggu pemuktamadan proses perpindahan, termasuk pewartaan tanah baharu seluas 4,000 kaki persegi secara kekal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysiakini (Hariz Mohd dan Yiswaree Palansamy)

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial rakaman video seorang wanita yang menemui suaminya dan perempuan lain sedang berduaan di pusat beli belah. Dalam perkongsian pertama sewaktu...

Dunia

Sebuah kapal tangki milik syarikat China yang tersenarai dalam sekatan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, sekali gus mencatatkan laluan...

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Spotlight

Penyanyi sensasi, Justin Bieber mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan konsep luar biasa di festival muzik terkenal, Coachella. Bawa laptop nyanyi lagu lama Memetik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd