Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

IU Terima Anugerah Pelakon Baru Terbaik Di ‘KAFC Awards’ Menerusi Filem ‘Broker’

Nama pelakon dan penyanyi terkenal, IU rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Mana tidaknya, selain menyanyi, bakat berlakon yang dimiliki oleh IU tidak dapat dinafikan lagi.

Malah, baru-baru ini, IU menerima anugerah Pelakon Baru Terbaik di majlis berprestij ’42nd Korean Association of Film Critics Awards (KAFC)’, menerusi filem ‘Broker’ lakonannya.

Difahamkan, IU memegang watak sebagai So-young dalam filem tersebut yang membawa kisah tentang Sang-hyun (Song Kang-ho) yang mencari ibu bapa baru untuk bayi yang ditinggalkan di dalam kotak bayi, dan membuat tawaran istimewa dengan mereka.

Sentuhan lakonannya yang penuh menghayati dalam filem itu, IU atau nama sebenarnya Lee Ji-eun telah melayakkan dirinya untuk menerima anugerah tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, majlis untuk acara anugerah tersebut bakal diadakan pada 23 November nanti jam 4 petang di Dewan KBIZ Yeongdeungpo-gu, Seoul.

Sumber: Kimchi Daily

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Australia terus diperkukuh menerusi penubuhan Jawatankuasa Perancangan Strategik sebagai langkah awal untuk mempertingkatkan kerjasama pertahanan kedua-dua negara. Perkara itu dipersetujui...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd