Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Isu Tunggakan Gaji, Kapten KDA FC Terpaksa Jalan Kaki Ke Pusat Latihan

Kapten Kedah Darul Aman (KDA) FC, Sony Norde mendedahkan dirinya terpaksa berjalan kaki ke pusat latihan pasukan di Stadium Sultan Abdul Halim (SSAH) dari kediamannya disebabkan kekangan wang.

Foto: Berita Harian

Menurut laporan Berita Harian, pemain import KDA FC itu menempuh sejauh enam kilometer dengan berjalan kaki dalam hujan ekoran isu tunggakan gaji.

“Anda boleh lihat sendiri saya datang ke padang latihan hari ini dengan berjalan kaki kerana kekurangan duit untuk mengisi petrol kereta saya dan saya akan pulang ke rumah juga dengan dengan cara yang sama walaupun dalam keadaan cuaca hujan.
“Semua sudah tahu isu tunggakan gaji ini begitu perit untuk saya lalui sejak berbulan yang lalu dan kini saya masih berkorban untuk kembali hadir dan berlatih bersama pasukan bagi meneruskan perjuangan pasukan dalam saingan Liga Super Jumaat ini untuk menentang Sri Pahang FC (SPFC) di laman sendiri.
“Apabila keadaan tunggakan gaji masih berlarutan, saya terpaksa hadapi kehidupan dalam serba kekurangan hinggalah apa yang kamu lihat hari ini,” kata Norde sebaik tamat latihan di SSAH petang semalam.

Foto: Facebook Sony Norde

Advertisement. Scroll to continue reading.

Norde berharap isu kewangan yang dihadapi oleh pasukan tersebut dapat diselesaikan segera supaya skuad bola sepak Kedah itu dapat beraksi dengan lebih baik seperti yang diharapkan oleh semua pihak.

“Kini kami kembali menjalani latihan bagi mempersiapkan perancangan untuk beraksi menentang SPFC di Stadium Darul Aman Jumaat ini atas dasar semangat untuk bangkit buat pasukan, dan pada masa yang sama sudah pasti kami juga amat mengharapkan pihak pengurusan dapat menyelesaikan isu tunggakan gaji kami dengan secepat mungkin.
“Saya dan pasukan bersedia untuk beraksi menentang SPFC Jumaat ini dan kami tidak rela Kedah terus keciciran mata selepas tewas kepada KL City selepas diwakili pemain bawah-23 tahun pada Sabtu lalu,” katanya.

Sumber: Berita Harian (Izzali Ismail)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Kerajaan Negeri Johor mengumumkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala...

Sukan

Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun mengakui beliau kurang berpuas hati apabila Malaysia muncul juara Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026...

Sukan

Penolong pengurus skuad sepak takraw Thailand, Rattadech Noijaroen, meluahkan rasa kecewa susulan insiden kontroversi yang mencemari aksi Piala Dunia ISTAF di Stadium Titiwangsa malam...

Dunia

YouTuber Indonesia, Frans Sanjaya bersama seorang pekerja muzium dikenali sebagai Sadan tampil memohon maaf selepas kenyataan mereka mengenai siri animasi popular Upin & Ipin...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd