Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isu Sos Cili Peket, Pekerja Restoran Makanan Segera Tampil Beri Keterangan

Pekerja restoran makanan segera terkenal yang dikaitkan dengan isu sos cili peket dikenakan bayaran sebanyak RM10.60 baru-baru ini telah tampil memberi keterangan kepada pihak polis di Balai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.

Pekerja restoran makanan segera hadir ke Ibu Pejabat Polis

Memetik laporan dari Harian Metro, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit memaklumkan yang  remaja perempuan berusia 19 tahun itu telah hadir selepas dihubungi pegawai penyiasat.

Remaja berkenaan dipanggil susulan laporan polis yang telah dibuat pada petang semalam di Balai Polis Ayer Keroh.

“Daripada laporan polis diterima remaja perempuan terbabit mendakwa dia dimarahi, ditengking dan dipaksa oleh seorang pelanggan lelaki untuk menjual 10 paket sos cili dalam kejadian antara jam 10 hingga 11 malam Jumaat.
“Bimbang akan keselamatan diri dia tampil membuat laporan kerana ketika kejadian pelanggan terbabit ada membuat rakaman video,” katanya.

Pelanggan lelaki berusia 45 juga akan disiasat

Difahamkan, pihak berkuasa masih lagi menjalankan siasatan dan akan memanggil pelanggan lelaki berusia 45 tahun itu bagi membantu siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Hasil siasatan awal polis mendapati terdapat pelbagai versi cerita membabitkan kejadian yang berlaku antaranya lelaki terbabit diminta untuk membayar sos tambahan walaupun terdapat pembelian makanan.
“Manakala versi kedua pula pekerja mendakwa dipaksa untuk menjual sos cili paket walaupun sudah diterangkan bahawa tiada pembelian sos cili dibenarkan kerana diberikan secara percuma,” katanya.

Laporan dari KPDN juga diterima

Ujar Christopher lagi,  semakan ‘Integrated Police Reporting System’ (IPRS) mendapati terdapat satu lagi laporan polis dibuat berhubung kes itu oleh penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka.

“Ia susulan tindakan kompaun yang diambil ke atas premis terbabit kerana tidak mempamerkan tanda harga.
“Berhubung kes ini siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial luahan seorang pengguna Facebook apabila mendakwa dikenakan bayaran sebanyak Rm10.60 untuk sos peket di restoran makanan segera terkenal.

Artikel lain: Isu Pelanggan Dakwa Sos Cili Peket Dikenakan Caj, McDonald’s Lapor Polis

Perkara tersebut telah dijawab oleh pihak pengurusan restoran dan mereka telah membuat laporan polis bagi melindungi keselamatan pekerjanya susulan tindakan agresif pelanggan terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Nuraliawati Sabri)

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial memaparkan seorang lelaki bersama lima warga Pakistan nekad terjun sungai bagi membantu kira-kira 30 penduduk Kampung Tengah yang terkesan dengan...

Lokal

Seorang peniaga dikenali Abang Belon pernah ada 13 rekod jenayah lalu dan kebanyakannya adalah berkaitan dengan kesalahan dadah, lapor Kosmo! Online. Difahamkan, peniaga belon...

Nasional

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Malaysia Bhd (Takaful Malaysia) menyalurkan sumbangan sebanyak RM100,000 bagi membantu mangsa yang terjejas dalam insiden kebakaran saluran paip di Putra...

Lokal

Muhamad Za’imuddin Azlan atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Belon’ kini berhadapan dengan risiko lumpuh kekal akibat kecederaan serius pada saraf tulang belakangnya selepas insiden yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd