Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isu Sijil Halal: Teresa Kok Disoal Lebih 20 Soalan – Peguam

Ahli Parlimen (MP) Seputeh, Teresa Kok disoal lebih 20 soalan namun tiada rampasan telefon bimbit dilakukan pegawai polis, kata Peguam Syahredzan Johan.

Memetik laporan Berita Harian, Syahredzan yang juga merupakan MP Bangi berkata Teresa disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kata Syahredzan lagi, tiada keterangan kedua akan direkodkan Unit Siasatan Jenayah (USJT) selepas ini.

Teresa Kok disoal lebih 20 soalan

Foto: Utusan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seorang lagi peguam Teresa, Ramkarpal Singh pula berkata selain Setiausaha Publisit DAP itu, polis juga perlu memanggil beberapa pihak lain untuk melengkapkan siasatan.

“Isu ini sudah dijelaskan oleh Teresa dan kita berharap siasatan akan dilengkapkan dalam masa terdekat,” katanya.

Sebelum ini, Teresa hadir ke bukit Aman pada 9.42 pagi untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya berkait isu sijil halal.

Dalam pada itu, Setiausaha Publisiti DAP juga diambil keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Pada 8 September lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata polis membuka kertas siasatan mengikut prosedur operasi standard (SOP) isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R) terhadap Teresa Kok membabitkan isu pensijilan halal yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teresa Kok Disoal Lebih 20 Soalan

Foto: Sinar Harian

Siasatan terhadap Ahli Parlimen Seputeh itu dibuat susulan lima laporan diterima PDRM setakat ini.

“Setakat ini, pihak PDRM menerima lima laporan di seluruh negara dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“SOP siasatan 3R akan dijalankan setelah laporan polis diterima dan semua saksi-saksi akan dipanggil bagi melengkapkan siasatan,” ujarnya.

Sumber: Berita Harian (Ilah Hafiz Aziz)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas banduan yang menempuh perjalanan hidup luar biasa menerima perkenan untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu pertemuan hampir sejam pada...

Spotlight

Perbezaan agama tidak seharusnya menjadi penghalang kepada hubungan kekeluargaan, sebaliknya perlu diraikan dengan rasa hormat dan kefahaman, demikian perkongsian menyentuh hati oleh personaliti Facebook,...

Sosial

Seorang suami kini berada dalam kesedihan mendalam selepas kehilangan isteri tercinta, Nor Suhaila Shariff dalam satu kemalangan maut di Batu 14, arah selatan Lebuhraya...

Lokal

Tiga kanak-kanak ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam kolam kumbahan berhampiran Flat Sibu Jaya di sini pada Rabu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd