Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isu Sijil Halal, Akmal Saleh Selar Teresa Kok – “Tampal Logo Non-Halal Kat Dahi Dia”

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh selar kenyataan Ahli Parlimen (MP) Seputeh, Teresa Kok yang mempersoalkan cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang tidak menyajikan daging babi dan alkohol mendapatkan sijil halal.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Akmal yang menyifatkan Teresa sebagai ‘ nyonya tua’ berkata MP Seputeh itu tidak sepatutnya mencampuri urusan agama Islam berkaitan pensijilan halal.

Akmal Saleh selar Teresa Kok

Akmal Saleh Selar Teresa Kok

Foto: Berita Harian

“Pertama sekali saya nak bagitau kepada nyonya tua ni, sijil Halal ni bukan sahaja arak dan babi. Tapi sijil halal ni merangkumi bagaimana dia nak sediakan hidangan, bagaimana sumber tu dapat. Jadi ini adalah aturan yang telah ditetapkan.
“Dan saya nak bagitahu juga nyonya tua ni bahawa sijil Halal ni, dulu berbulan-bulan nak dapat. Hari ni, kita dah pendekkan sehingga 23 hari sahaja dah boleh dapat sijil Halal.
“Jadi apa masalah kamu dengan sijil Halal? Kalau kamu tak suka dengan sijil Halal ni, dia tak melibatkan kamu pun,” katanya.

Dalam pada itu, Akmal yang juga merupakan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka turut menyangkal dakwaan Teresa bahawa langkah wewajibkan pensijilan halal sebagai memalukan negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Akmal Saleh Selar Teresa Kok

Akmal bagaimanapun mendakwa Teresa yang sebenarnya telah memalukan negara kerana beliau tanpa henti menganggu-gugat keharmoniannya.

Artikel lain: Lelaki Maut Dipercayai Jerut Leher Sendiri, Tertekan Bertengkar Dengan Isteri

“Dan yang sebenarnya memalukan negara ini adalah ada Ahli Parlimen yang seperti kamu yang tak habis-habis mengganggu-gugat keharmonian negara.
“Kalau kamu tak tahu tentang agama kami, jangan cakap! Kamu diam lebih elok.
“Dan saya minta juga kepada kerajaan, sediakan satu logo non-halal ni, tampal kat dahi nyonya tua ni,” katanya.

Sebelum ini, Teresa yang juga merupakan Naib Pengerusi DAP berkata cadangan mewajibkan pensijilan halal itu berpotensi menambah beban termasuk melibatkan ribuan pengusaha restoran Melayu.

Akmal Saleh Selar Teresa Kok

Foto: Utusan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mengkaji cadangan itu.

Teresa berkata, langkah itu juga bertentangan dengan semangat kepelbagaian budaya selain menjadikan Malaysia sebagai bahan ejekan di luar negara.

Katanya lagi, pensijilan halal sepatutnya bersifat sukarela disamping membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran.

Bagaimanapun, kenyataan teresa mendapat kecaman daripada pelbagai pihak termasuk Bersatu dan Amanah yang meminta ahli parlimen dari DAP itu menarik balik kenyataannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok Dr Akmal Saleh

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd