Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Isu Pengeluaran KWSP, Ismail Sabri Kata Rakyat Nak Sekarang Bukan 15 Tahun Lagi

Isu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sememangnya saban tahun menjadi topik utama dalam perbahasan di Dewan Rakyat.

Kali ini, bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-9, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan bahawa tindakan kerajaan ‘menutup pintu’ mengenai rayuan rakyat berhubung pengeluaran KWSP adalah tidak wajar.

Rakyat perlu sekarang bukan 15 tahun lagi

Memetik laporan dari Astro Awani, Ismail mengatakan yang pencarum KWSP meminta pengeluaran wang tersebut adalah demi kegunaan sekarang dan bukannya 15 tahun akan datang.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana berikan tambahan caruman RM500 kepada pencarum B40. Tetapi duit itu dimasukkan sebagai caruman untuk dikeluarkan sebelum bersara.
“Kalau penyimpan umur 40 tahun, 15 tahun akan datang baru boleh keluarkan RM500. Baguslah… murnilah apa yang kerajaan nak buat itu.
“Tetapi rakyat nak adalah sekarang, bukan 15 tahun akan datang. Yang mereka hadapi kesukaran adalah sekarang.
“Rumah nak dilelong adalah sekarang, anak nak masuk universiti adalah sekarang, dan mereka nak diisytiharkan muflis sekarang.
“Kalau tunggu 15 tahun, rumah dah kena lelong dah (dan mereka) muflis dah,” katanya.

Janganlah tutup pintu terus

Ujar ahli parlimen Bera itu lagi, ramai sahaja rakyat yang faham bahawa KWSP adalah kegunaan pada hari tua tetapi melihat dari situasi sekarang, lebih elok jika kerajaan mempertimbangkan kebenaran untuk pengeluaran secara bersasar dan bersyarat.

“Yang penting jangan tutup pintu terus, buka dan bincang lagi.
“Saya harap berilah ruang kepada mereka yang memerlukan untuk meneruskan kehidupan mereka. Kalau tidak, ramai yang terjejas.
“Ini di Johor sedang mengalami banjir besar dan akan menyebabkan ramai yang memerlukan kewangan secara mendesak,” jelasnya.
“Dulu lepas COVID19, keadaan mendesak, kita bagi (pengeluaran KWSP),” ujarnya.

Susulan daripada itu, Ismail Sabri berharap supaya Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim boleh memberikan berita baik ketika penggulungan Belanjawan 2023 nanti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Astro Awani (Hasimi Muhamad)

 

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga beranak ditemukan meninggal dunia dalam rumah mereka di Kampung Belau, Merbok, Sungai Petani tengah malam tadi, lapor BH Online. Ketiga-tiga mereka ialah pasangan...

Sosial

Tindakan seorang remaja lelaki yang setia menjaga kedua ibu bapanya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) menyentuh hati ramai selepas kisah mereka dikongsikan oleh...

Sosial

Seorang wanita dikecam netizen di media sosial susulam membuat siaran langsung di platform TikTok sambil menunjukkan tingkah laku berahi. Buat aksi tidak senonoh dalam...

Lokal

Sepasang kekasih dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan tidak senonoh di tanah perkuburan Cina di Batu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd