Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Isu ‘Parallel Pathway’ Akan Dibentang Dalam Mesyuarat Kabinet 5 Jun Ini – Zambry

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membincangkan isu ‘Parallel Pathway’ di dalam Mesyuarat Kabinet yang akan diadakan pada 5 Jun 2024.

Menterinya Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, isu pokok yang timbul baru-baru ini berkaitan dengan kemelut Program Latihan Ijazah Lanjutan Kepakaran (Parallel Pathway) bidang pembedahan kardiotorasik.

Foto: Harian Metro

“Isu pengiktirafan latihan kepakaran ‘Parallel Pathway’ yang dilaksanakan oleh KKM dan isu pendaftaran pegawai perubatan yang telah menamatkan latihan kepakaran ‘Parallel Pathway’ dalam Daftar Pakar (National Specialist Register – NSR) di bawah Majlis Perubatan Malaysia (MMC),” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Zambry berkata, kertas cadangan yang komprehensif telah disediakan dan akan dibentangkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad pada Mesyuarat Kabinet pada 5 Jun depan, selain memaklumkan terdapat segelintir individu yang mengambil kesempatan terhadap isu tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, isu pengiktirafan pelajar kardiotorasik dan tuduhan membuka Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada bukan bumiputera adalah dua isu yang berbeza.
“Terdapat kumpulan yang cuba mengambil kesempatan sehingga menuduh UiTM bersikap ‘apartheid’ sedangkan isu utama adalah tiada pengesahan dan pengiktirafan daripada Majlis Perubatan Malaysia (MMC) kepada kumpulan pelajar ini,” ujarnya.

Ahli Dewan Negara itu juga memaklumkan terdapat universiti lain yang turut menjalankan Program Sarjana Sains Surgeri (Kardiotorasik) termasuklah Universiti Malaya (UM) yang sedang dalam proses mendapatkan Perakuan Akreditasi bagi kursus tersebut.

Foto: automology.com

“Dengan usaha dan komitmen yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Madani ini, adalah diharapkan natijah penyelesaian menyeluruh akan terhasil demi kepentingan negara dan rakyat,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Zambry memberitahu bahawa Akta Perubatan 1971 [Akta 50] akan dipinda bagi membolehkan beberapa masalah berbangkit dapat diselesaikan termasuklah mendaftarkan pegawai perubatan yang telah menamatkan latihan kepakaran ‘Parallel Pathway’ seperti yang diumumkan KKM pada 2 April lepas.

Untuk makluman, isu  pengiktirafan latihan dan pendaftaran pegawai perubatan yang telah menamatkan latihan kepakaran ‘Parallel Pathway’ sebelum ini telah dibawa dalam mesyuarat bersama KKM dan KPT bagi mencari penyelesaian pada April lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd