Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isu Murid Diherdik: Ibu Bapa Belum Tampil, Guru Buat Laporan Nafi Penglibatan -Polis

Polis telah membuka kertas siasatan susulan video tular membabitkan dakwaan isu murid diherdik dan dimarahi oleh gurunya baru-baru ini.

Isu murid diherdik, ada guru buat laporan nafi terlibat

Memetik laporan daripada Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof menyatakan pihaknya menerima laporan daripada seorang guru wanita berusia 40 tahun yang tampil menafikan penglibatannya dalam insiden tersebut.


“Wanita berusia 40 tahun yang juga guru dari sebuah sekolah di Kajang menafikan penglibatan beliau dalam kejadian yang berlaku dan meminta siasatan lanjut dijalankan untuk mendapatkan kebenaran,” ujarnya.

Isu murid diherdik, ibu bapa murid belum tampil

Walau bagaimanapun, Naazron menjelaskan sehingga kini, tiada laporan polis dibuat oleh ibu bapa mahupun murid yang terlibat dalam kejadian itu.


“Sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat oleh pihak ibu bapa atau mangsa bagi kejadian berkenaan,” jelasnya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung penyebaran kandungan jelik di media sosial.

Artikel lain: Keluarga Tarik Laporan, Kes Murid Cedera Dibaling Kotak Pensel Selesai – Polis

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Fatihah Awang di talian 011-25703695 untuk membantu siasatan.

Terdahulu, tular di media sosial apabila seorang ibu kepada murid sekolah rendah memuat naik momen sewaktu anaknya dimarahi beberapa orang guru.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkara berkenaan membuatkan netizen di media sosial berang kerana tindakan yang dipercayai dilakukan oleh beberapa orang guru dilihat sebagai satu hal yang tidak wajar sehingga boleh mengganggu emosi murid.

Sumber: Berita Harian (Hafidzul Hilmi Mohd Noor)

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pelajar yang pernah kerap tidak hadir ke sekolah akhirnya bertukar menjadi inspirasi apabila kini berjaya menjadi anggota bomba, hasil perubahan yang bermula...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi luahan susulan tular dakwaan wajah isterinya mirip mangsa kes pembunuhan tragis, arwah Nurfisya Zulkifly yang dilaporkan berlaku di Kampung Simah, Ketereh,...

Lokal

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun terhadap Rosmaini Abdul Raof selepas mendapati hukuman terdahulu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan...

Dunia

Seorang pengantin perempuan di Garut, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial selepas menerima sebuah kebun kelapa sawit sebagai mas kahwin, lapor portal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd