Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isu Lagu Negaraku: Ratu Naga Dibebas Dengan Jaminan Polis

Aktivis politik dan penyedia kandungan media sosial, Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga kini dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan bagi membantu siasatan berhubung penularan sebuah video kontroversi.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata wanita berusia sekitar 40-an itu ditahan pada Khamis, kira-kira jam 12 tengah hari di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Foto: Malaysia Kini

Dr Bakri juga memaklumkan bahawa penahanan dilakukan oleh sepasukan pegawai daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Hilir Perak susulan siasatan ke atas video tular yang memaparkan sekumpulan kanak-kanak menyanyikan lagu kebangsaan negeri Perak.

“Penahanan dilakukan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Hilir Perak bagi membantu siasatan kes video yang tular di media sosial.
“Suspek dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan lanjut dijalankan,” katanya.

Beliau turut mengesahkan bahwa suspek dibebaskan selepas siasatan awal dijalankan, dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Kes tersebut disiasat di bawah beberapa peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam kenyataan yang sama, Dr Bakri menasihatkan orang awam agar lebih berwaspada dalam menyebarkan maklumat, khususnya yang belum disahkan kesahihannya.

“Penyebaran berita palsu atau tidak tepat boleh dikenakan tindakan undang-undang yang berat.
“Oleh itu, setiap individu perlu menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi demi memastikan kestabilan dan keharmonian negara terus terpelihara,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan penahanan Syarul Ema berkait dengan dakwaan bahawa murid sebuah sekolah di Perak menyanyikan lagu kebangsaan, Negaraku dalam bahasa Mandarin.

Sumber: Sinar Harian (Saifullah Ahmad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Dunia

Seekor tapir yang sebelum ini tular selepas muncul di jalan utama di Kabupaten Mesuji, Lampung, Indonesia ditemukan mati dalam satu kejadian tragis apabila dipercayai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd