Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Isu Ladang Babi: Waktu Jadi Kerajaan, PAS Sebagai Exco Pertanian Buat Apa – Amanah

Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mendakwa tindakan Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS) mempersoalkan isu ladang babi di Ayer Kuning adalah satu permainan politik dan menyifatkan perkara berkenaan sebagai cara bagi menutup kelemahan parti itu ketika menyandang kerusi kerajaan negeri sebelum ini.

Isu ladang babi Ayer Kuning

Kes Ladang Babi

Ketua Pemuda Amanah Perak menyangkal kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Hafez Sabri berhubung isu itu kerana beroperasi secara berlesen dan haram di Ayer Kuning.

Khairol Najib Hashim berkata, tindakan menggunakan ladang babi sebagai isu perkauman dianggap perkara yang tidak bertanggungjawab untuk mengaburi mata rakyat atas kelemahan sendiri ketika diberi kuasa.

“Semasa PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri Perak dari tahun 2020 hingga 2022, ADUN Gunung Semanggol, Razman Zakaria memegang portfolio sebagai Exco Pertanian Perladangan Industri Makanan dan Sekuriti Makanan.
Portfolio ini secara langsung berkaitan dengan isu penternakan termasuk ladang babi, namun sepanjang tempoh tersebut tiada sebarang tindakan konkrit atau pelan penyelesaian yang dibentangkan oleh YB Razman dan PAS di dalam kerajaan untuk menangani isu ladang babi di Ayer Kuning.
“Tiada pelan pemindahan, tiada perancangan penyusunan semula malah isu ini langsung tidak dijadikan keutamaan. Boleh dikatakan sepanjang tempoh tersebut seekor babi pun tak diusik,” kata Khairol dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Kes Ladang Babi

Dalam pada itu, beliau menasihati agar ADUN PAS lebih berhati-hati sebelum melemparkan tuduhan kepada kerajaan perpaduan dan semak dahulu kesemua fakta yang ada serta tidak memainkan sentimen perkauman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Cadangan Wujud Menteri Hal Ehwal Bukan Islam Boleh Timbul Keresahan – Pemuda Amanah Perak

“Kami ingin menasihati ADUN-ADUN PAS supaya membuat kajian dan semakan fakta memainkan isu-isu sensetif seperti ini, jangan akhirnya ludah ke muka sendiri.
“Amanah Perak menyeru semua pihak agar tidak memperalatkan isu kaum atau agama demi kepentingan politik sempit. Isu-isu seperti ini sepatutnya ditangani dengan fakta dan perancangan bukan retorik dan pembohongan.
“Rakyat Perak berhak mendapat maklumat yang tepat dan pemimpin yang berintegriti. Marilah kita bersama-sama menolak politik kebencian dan membina negeri Perak yang harmoni dan sejahtera,” ujarnya lagi.

Utusan Malaysia

Artikel lain: Cadangan Wujud Menteri Hal Ehwal Bukan Islam Boleh Timbul Keresahan – Pemuda Amanah Perak

Terdahulu, Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad mendakwa ladang babi itu boleh membawa ancaman terhadap alam sekitar serta kesihatan dan dipercayai mempolitikkan isu ini kerana beroperasi di kampung yang majoritinya masyarakat Melayu.

Untuk rekod, pengundi Ayer Kuning akan mula mengundi pada 26 April, dengan Perikatan Nasional (PN) mencalonkan Ketua PN Tapah Abd Muhaimin Malek, manakala Barisan Nasional (BN) menampilkan Setiausaha Umno Tapah Yusri Bakir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Asmuni Awi

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Ramai sebak melihat momen jenazah seorang murid PASTI yang meninggal dunia disebabkan masalah kesihatan dikelilingi oleh rakan-rakannya yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir. @cikgusalamiahmohdnor...

Sosial

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas mendapati suami berulang kali curang hingga sanggup meninggalkan dirinya dan anak mereka selama beberapa hari demi meluangkan masa dengan...

Lokal

Ketua Pemuda MCA Pahang, Wong Siew Mun menjadi perhatian warganet kerana tampil bersuara berkenaan isu kemusnahan ladang durian musang king di Sungai Ruan dan...

Sosial

Beberapa individu telah tampil menyatakan bahawa jenama kambing perap terkenal didakwa tidak membayar gaji stafnya sehingga berbulan-bulan. Perkara tersebut dinyatakan oleh satu akaun TikTok...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd