Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tiada Niat Rendahkan Orang Ada ‘SPM Je’, Dr. Malar Sanggup Melutut Mohon Maaf

Doktor dan pempengaruh media sosial, Dr. Malar Santhi Santherasegapan tampil memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi kenyataannya yang didakwa merendahkan individu berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menerusi satu hantaran di platform Threads, Dr. Malar menjelaskan bahawa kenyataannya sebelum ini telah disalah tafsir dan lari daripada maksud asal, sekali gus menimbulkan rasa tersinggung dalam kalangan netizen.

“Kepada semua yang kata saya merendahkan orang yang ada ‘SPM je’, bukan itu maksud saya. Saya mohon maaf kerana komen saya lari dari maksud asal,” tulisnya hari ini.

Sebelum ini, beliau menegur pempengaruh dan usahawan, Faiz Soul susulan kontroversi jemputan perasmian majlis akademik sebuah sekolah di Sungai Petani, Kedah minggu lalu.

Difahamkan, pemuda berusia 23 tahun itu mengakui tidak memiliki kelayakan ijazah Sarjana Muda tetapi mampu memberi sumbangan kepada sekolah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Aku sedih sebab dihina aku bukan pelajar cemerlang lah apa lah. Ya mungkin aku takde diploma. Tapi aku syukur SPM aku 5A 2B 1C+.
“Terasa hina sangat bila disindir soal Ijazah Sarjana Muda. Seolah orang ada SPM ni takde masa depan ke?,” tulisnya dalam satu hantaran di media sosial, baru-baru ini.

Sementara itu, Dr. Malar turut memohon maaf khusus kepada individu yang terasa hati dengan kenyataan tersebut sambil mengakui keadaan emosinya ketika ini tidak stabil.

“Permohonan maaf ini untuk semua yang rasa ‘saya pun ada SPM je’. I deeply apologize,” kata beliau lagi.

Foto: Bernama

Menurut Dr. Malar, beliau merancang untuk merakamkan video permohonan maaf dalam masa terdekat, namun kekangan jadual serta keadaan emosi menyebabkan perkara itu ditangguhkan buat sementara waktu.

“Kalau nak saya buat video melutut minta maaf pun saya boleh, tapi emosi saya tengah tak stabil dan saya ada full day event hari ini. Just give me some time to calm down,” jelasnya.

Terdahulu, Dr. Malar menjelaskan bahawa sumbangan kepada masyarakat tidak semestinya berbentuk wang atau bantuan material semata-mata, sebaliknya boleh dizahirkan melalui khidmat bakti dalam pelbagai profesion seperti guru, jururawat, anggota keselamatan dan bidang lain yang memberi impak secara langsung kepada komuniti.

Malah, beliau mengingatkan bahawa individu bergelar pempengaruh perlu lebih berhati-hati dalam memilih jemputan dan platform yang disertai khususnya apabila melibatkan isu pendidikan dan masyarakat, selaras dengan pengaruh besar yang dimiliki terhadap khalayak.

“Sebagai seorang pempengaruh, awak yang kena memilih dan sedar diri, jemputan mana yang patut pergi, dan yang mana patut ditolak.
“Macam akak, kalau jemputan berkaitan kecantikan, akak tidak pergi sebab akak sedar diri akak tidak cantik.
“Awak pula, kalau jemputan berkaitan pendidikan, awak kena fikir elok-elok sebab awak ada pengaruh,” ujarnya.

Sumber: Threads @drmalarsanthi_celotehdrmalar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Dunia

Ratusan pelajar dan mahasiswa Indonesia mengadakan perhimpunan besar-besaran di ibu negara Jakarta pada Jumaat, sebagai tanda bantahan keras terhadap dasar perbelanjaan kerajaan Presiden Prabowo...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Bob T20, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah peribadinya mengenai hubungan dan kehidupan lampau menerusi satu sesi podcast baru-baru ini. Menurut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd